Wednesday, December 29, 2010

sUdah jAtuh dI tImpa eScalator!!!


Assalamualaikum W.B.T
salam 1Malaysia buat semua teman bloggers.
ap khabar?!
sihat?! kalau sihat teruskan sihat k. Insyaallah.
tak sihat?! kalau tak sihat sendiri mau ingat la. gi la cari ubat.
takkan ubat nk jalan sendiri kot... hehe. :'p



kisah kali ni tragis skit.
mana taknya bertimpa2 masa'elah yg aku dapat hari ni. T_T
k la. takkan nk intro panjang2 kan.
so, jom storiiii....

[29 Dec 2010 | Rabu]
pagi ni aku gi keje mcm biasa je.
yg membezakan aku ialah. 'menyemart' lbh sbb aku ada interview kat Panasonic kul 1pm.
nk di pendekkan citer.
hari ni ada task baru big boss bagi,
so, takyah la nk berlakon bz sbb mmg bz pun. huhu

dalam kesibukan keje tu,
dan gak aku teropong website panasonic,
baca skit2. ye la takkan nk pi berperang tak bawak senjata kan.
dah sampai masa. aku pun mengorak langkah ke tmpat interview.

haaaa.. skg baru btl2 kisah jatuh kena timpa ngan escalator.
T_T

mula2 skali aku bajet tak lama la kan interview ni,
so aku tak bg tau bos apa2.
masa sampai kat Panasonic tu.
dgn confident aku bg tau guard tu
"saya datang untuk temuduga, nk kena jmpa siapa ye?!!"
[masa dapat kol tu, minah tu pesan bg tau guard je.. so aku tanya je la kan]
pastu guard yg aku confius kewarganegaraan beliau berkata
"temuduga??!! sini tadak.." (dgn mula blur2..)

haissh.. fenin aku..
aku kol minah yg kol aku smlm.
last2 baru tau.. aku dah salah tempat daaaa... T_T
yg aku gi tu sec 15, situ service center.
tmpat interview aku kat sec 16, bahagian manufacturing punya.
mana la aku nk tau yg panasonic tu banyak tmpat...

dah sampai kat tmpat interview yg btl tu.
daftar kat guard house.
then tunggu jap, pak guard yg menyemart tu pun hntar kitorang ke meeting room.
ada 5 org je candidate utk position yg aku apply tu.
masing2 muka innocent je.
mcm besa la.. aku ttp buat muka confiden even dalam hati bergelora kan. haha
tunggu jap.
pastu ada awek dtg bg borang. mls betul bab2 mengisi borang nih. huhu
pastu dia cakap ada test.
aduyai!!. test apkah?!... tak prepare ap pun..
yg lawaknya.. test mengira matametik bdk sekolah rendah.
kena tambah number2 yg ada..
tapi, diorang bukan nk tgk ap pun, just kepantasan mengira je.
setel test...
kena tunggu lagi utk sesi temuduga ngan panel lak..

masa dok tunggu tu, tiba2 lak pundi kencing bt hal,
aku pun gi la toilet...
ni kesah yg paling tak leh blahhhhh!!!
masa kat toilet... dgn yakin aku bukak la pili air tu.
cari kepala pilinya takde.. bukak le bg hbs...tiba2 muncul pili di mangkuk itu dan tersembur kena baju aku..
haissshhh... basah kot!!! hbs tisu kat toilet tu aku guna nk lap baju.
tu la.. canggih sgt toilet.. T_T
masa'elah tul....

oleh kerana mcm dh lewat je
aku pun sms bos aku. aku cakap balik lewat hari ni. dia reply "ok".
so, sejuk skit hati aku.
punya lama tunggu. tiba2 diorang cakap interview pospon 30 minit.
macam ~!@#$%^&*()_+_)(*&^%....... rasa nk maki je.
perut aku nyanyi lagu retro kot.
tak sempat nk lunch. pastu leh lak tangguh. T_T

...... temuduga sambung.
time ni baru calon ke-4.
aku calon ke -5.. makin berdebar lak rasa...
muka maintain confident, haha
then.. sampai la turn aku..

!_!_!_!_!_!_!_!_!.... 45 minit kemudian
ntah ap aku mencarut. banyak gak dia tanya.
aku belasah je. btl ke tak belakang kira kan. hehe

statemen 'bunuh diri' aku kuarkan b4 blah dr bilik temuduga tu..
"if u offer me less than what i get now, i need to re-thinking coz i already have commitment, if u offer the same then i can consider BUT if u provide MORE, i have no reason to decline"....
pergghh!!! terbaik ar.. berani lak aku demand kan. haha :P

setel interview.
tiba2 aku dapat msg kat ofis kecoh bos dok cari aku.
aku rasa dh bg tau.. haisshh
pastu bos lak sms. ni ayat dia
"U xbalik ofis dah ke?. U ok ke x?"
cuak gak aku rasa.. nasib la time tu aku dh nk sampai ofis..
so. bt slamber sudah..
masuk ofis. ngadap bos.
bos, i'm sory for the late. !@!@!@!@!@!@!... T_T
[terpaksa bohong sunat. kalau bg tau aku gi interview. confirm kena marah.. huhu]

bertimpa2 lak masa'elah aku kan... huhu
keje lum setel. bajet nak balik lewat.
tp, oleh kerana kelaparan + kebuluran. tak mampu gak aku bertahan.
kul 7.++pm aku blah.
singgah Jayathi tapau makanan..
dengan kaki terketar2 balik umah.
DEM!!!! sampi umah lift lak bt hal..
terpaksa la mendaki. nasib la rmh aku tingkat 3 je. huhu
sampai je rmh. baling brg ap patut. pastu trus makan..
terkentut2 aku sbb perut dah masuk angik. haha oopppsss!!!...
=)

setel makan. mandi. pastu layan bola.
yg pasti skg Malaysia MENANG. yeay!!!
tahniah Malaysia..

k la. sampai sini dulu.
ap ntah aku ngarut.
panjang lak tu...

adios amigos!!!
^_^"

Saturday, December 25, 2010

sEharum pOtpouri

Salam buat semua teman bloggers
harap anda baik2 aje.
thanks sudi singgah kat blog aku nih
^_^"


[potpouri | lavendar]


'seharum potpouri'

apa yang terlintas di fikiran anda bila sebut tentang potpouri?
mesti pewangi kan!!
bagi aku cuma satu iaitu 'Lavendar'
tu la haruman febret aku.
tenang je rasa bila hidu bauan lavendar ni.

sebenarnya bukan lah bauan lavendar ni yang nak di coretkan kat sini.
ada kisah lain yang nk di luahkan =)

'seharum potpouri'
terlalu pahit untuk ditelan dan terlalu manis untuk dibuang
itu lah yang boleh diibaratkan ttg apa yang aku rasa skg.
tiada perkataan yang mampu menggambarkan
cuma aku sendiri yang rasa.
tapi aku mesti kuat
life must go on kan..
DIA sentiasa ada bersama aku.
i believe that.

'seharum potpouri'
bila dikaitkan apa yang aku lalui ni dgn serahum potpouri
pasti ada yang tertanya2 kenapa kan. ^_^"
i wish i could be like potpouri
nak tahu kenapa?
sebabnya...
haruman potpouri boleh membuatkan seseorang rasa tenang
ada yg mengatakan wangian potpouri ni terapi yang baik utk tenangkan fikiran
biarlah aku kaku ibarat potpouri
namun wangian tu amat berguna untuk orang lain.
yang penting org sekeliling akan rasa tenang.

'seharum potpouri'
haruman yang pasti menyenangkan.
adalah satu kepuasan bila tgk org sekeliling kita happy.
itu yang aku rasa.
jadi aku memilih untuk jadi potpuri.
tak salah kan??!
^_^"

kisah 'seharum potpouri' berakhir di sini.
hanya kisah dongeng semata2
don't take into your deep heart k
hehe

adios!!






















Wednesday, December 15, 2010

kUlit kAyu mAnis & dIa

Salam semua bloggers.
Alhamdulillah aku masih di beri kesempatan utk update blog aku nih.
thanks kepada yang sudi baca.

tapi kan.
kali ni lain dari yang lain.

haha..
mau tau??
nak tahu??

teruskan membaca....

apa???

malas???

dasar pemalas..
baca je lah...

haha
:'p


sebenarnya kan.
aku dalam process menulis
kisah "kulit kayu manis & dia"
sebuah kisah dongeng je..
saja suka2..



[Work In Progress]

tak siap pun lagi..
work in progress la katakan.

plan nak publish januari 2011 nanti.
aku ngah tulis 15 episod kisah tu.
so. aku akan publish seminggu skali.
tu plan-nye lah kan.. ntah2 sekali gus je aku post..
tgk keadaan dan kerajinan aku.. *_*v

takat ni baru siap sikit.
tak sampai separuh pun lagi.
harap2 jd kenyataan la aku nk bt kisah bersiri kat blog aku nih
kalau tak. post ni je lah yang akan wujud pasal
kisah "kUlit kAyu mAnis & dIa"
hehe.

nantikan kemunculannya.
hehe
^_^"

adios!!


Tuesday, December 14, 2010

aNdai dApat kU pUtarkan wAktu


Salam buat semua bloggers.
thanks sudi singgah kat blog aku yg tak seberapa ni.
^_^"



[aNdai dApat kU pUtarkan wAktu]
waktu | masa | jam | saat | pukul | time |o'clock
sebutan berbeza, masa dan tempat digunakan juga berbeza.
akan tetapi. ia tetap merujuk kepada perkara yang sama.

sedar mengenai hakikat sebenar yang tidak dapat dinafikan iaitu.
setiap saat yang berlalu tiada siapa yang mampu menghentikan atau pun mempercepatkannya.
semua adalah kuasa DIA yang Maha Esa.
bukan niat untuk menafikan kekuasaan DIA.
cuma aku manusia biasa yang juga punya impian dan harapan.
tak salah kiranya aku ingin bermimpi buat seketika untuk berada di saat dan waktu yang aku sendiri tetapkan.
aku yakin. anda juga pernah memikirkan benda yang sama.

saat dan tika ini
andai dapat ku putarkan waktu.
akan ku putar tanpa henti.
sehinggalah aku melihat saat-saat kau tersenyum riang.
saat itu. aku yakin yang kau sedang bahagia.
akan ku hentikan waktu itu.
walau seketika.
supaya aku dapat terus melihat kau bahagia.
walau hanya mampu melihat.
aku juga turut bahagia.

namun apakan daya.
bak kata2 yang menjadi pegangan.

kita manusia biasa hanya mampu merancang, DIA yang menentukan segala2nya.
jangan sesekali kita salah ertikan kata-kata itu.
usaha, doa dan tawakal harus lah seiring dengan apa yg kita lakukan.



putarlah waktu sepertimana yang anda inginkan.
tak salah bermimpi.
juga, tak salah untuk meletakkan sesuatu harapan.
tapi jangan sesekali lupa yang DIA sentiasa ada di samping kita.
DIA tak pernah jemu mendengar permintaan kita.
mintalah selagi mampu.
siapa tahu. apa yang di impikan menjadi nyata.
berterima kasihlah pada DIA yang satu.
kerna masih diberi kesempatan masa dan waktu.
untuk menikmati keindahan hidup ini.

jangan di kejar apa yang di sayangi.
tapi, sayangilah apa yang kita ada.
itu akan lebih bererti.
sayang tak bererti memiliki.

sekian. ^_^"

p/s: kisah dongeng semata2. takde kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

adios!!



Sunday, December 12, 2010

kEmbalikan sEnyumanku



Hi
Salam semua
saat post ni di tulis
aku kat umah
weekend yg membosankan

tak de apa pun nak tulis sebenarnya
just wanna say that

pls return my smile!!~
kembalikan senyumanku!!~

haha.
baik ngaku cepat sapa yang curi.
dosa tau curi.
aku tak marah pun.
bagi balik k.



dh hbs ngarut.
ok la guys.
tak tau nak tulis ap sebenarnya.
memain je. hehe

adios!!

^_^"


Tuesday, December 7, 2010

Terima Kasih

Hai semua.
Salam Ma'al Hijrah.
tenkiu pada yang sudi baca.

tajuk kali ni "Terima Kasih"
banyak yg leh di huraikan dengan perkataan terima kasih tu.
terpulang pada individu.

bagi aku:

at first terima kasih pada DIA.
yg maha mengetahui segala2nya.
aku redha dengan takdir yg dia tentukan. ^_^

second. aku nak ucap terima kasih pada org sekeliling aku
yang banyak bagi sokongan sampai la aku jadi "org".
terutama
/ mak n abah n famli tercinta.
/ tenaga pengajar a.k.a sifu aku sepanjang aku belajar
dari sekolah rendah sampai la peringkat univ.
/ kawan2 tersayang (-_-") dan
/ buat orang2 teristimewa kat hati aku ni
[jangan tanya sapa k. :'p]

biasala dalam kehidupan ni pasti ada pahit n ada manis.
setiap kenangan tu akan ttp terpahat di ingatan.
apa pun kehidupan ttp harus diteruskan.
terima kasih sbb bagi peluang untuk aku merasai erti kehidupan.
terima kasih buat semua.

bersempena Ma'al Hijrah ni.
aku nak mulakan kehidupan dengan satu lagi chapter yang baru.
aku harap episod kali ni akan lebih baik dari episod yang terdahulu.
so. apa azam korang tuk tahun baru ni?

aku?!
ntah la.
kalau ikutkan banyak yg aku azamkan.
ap pun. satu ja yg aku leh cakap.
aku nak jadi "better" in everything.
to be a better son
to be a better fren
to be a better student
to be a better .... ermmm... anything.

k la guys.
aku doakan hidup korang akan lebih baik dan di berkati olehNya.
semoga azam korang akan tercapai.
amin~~



sampai sini dulu.
adios!!

^_^v



Friday, December 3, 2010

..::aNdai hAti bIsa bErkata2::..

soal hati dan perasaan
takde siapa yang mampu duga
pepatah mengatakan
"sedangkan pantai lagikan berubah inikan pula hati manusia"
hayati sebaik2nya pepatah itu
kita akan mampu mendapatkan suatu kepastian

bila berbicara soal hati
tiada paksaan yang harus di utamakan
paksaan terima mahupun tolak
andai hati bisa berkata2
sudah pasti jawapan mudah diungkapkan dengan luahan
namun apkan daya DIA lebih mengetahui akan kejadianNya

berhati2 bila berbicara soal hati
meskipun mulut mengatakan "YA" atau mungkin "TIDAK"
namun hati tak bisa di tipu
akibatnya hati yang derita akibat kata2
yg keluar dr mulut tanpa mengira apa yang hati itu rasa
wajah mungkin bisa sembunyikan derita yang dirasai
namun sampai bila harus terus berpura2 menyembunyikan derita itu
kelak diri sendiri yang akan menjadi korban

andai hati bisa berkata2...
tak perlu lagi untuk mendengar mulut berdusta dan
terus menafikan apa yg hati itu rasakan
sbbnya mulut bisa meluahkan sesuatu tanpa usul periksa dan
mungkin juga sesuatu yg bukan lahir dari hati yg tulus
biarpun kadang kala kata hati itu ada benarnya.
tapi, tak dinafikan blh juga berlaku sebaliknya.
yang pasti. andai hati bisa berkata2.
sudah tentu kita akan tahu dengan jelas
apa yg hati itu rasakan tanpa perlu berteka-teki

cuma satu peringatan yang harus diambil kira
jangan sekali2 menghukum diri sendiri
untuk sesuatu yang tak sepatutnya
lakukanlah ap jua dengan hati yang ikhlas
"langit tak selalunya cerah"
redha hadapi ujianNya
pasti tenang hati menerima

^_^v

Wednesday, December 1, 2010

aKu iNgin bEbas oN vAcation - dAy 4 [my konvo]

[30 November 2010 - Selasa]
aku mulakan ngan .::694 it's my day::.
haaa.. kalau nak tau tu la number giliran aku.
sangat bermakna tuk aku. ^_^v

nak citer pendek ke panjang?!
aku rasa mcm jd panjang je. baik panjang kan. hehe

pagi nih mak masak tuk bfst ngan bekalan mak nak balik nanti ptg.
so. mkn kat umah rehat je.
dh hampir jam 11:00am. suma pakat2 bersiap.
sbb tak nak lewat ke dewan.
pas siap suma. singgah pjbt jap checkout.
then, trus gerak ke dewan seri budiman.
cair peluh satu badan tunggu nak masuk dewan.
tp. dan lagi posing.
yg tak bestnya. camera ada kat kak aku.
so. aku belasah je la camera sapa yg ada kat situ. hehe

masa ngan beratur.
ada pegawai bertugas bg kad number giliran.
tertera perkataan berikut:
"Penganugerahan ini didahului oleh graduan terbaik program serta
penerima anugerah naib canselor
ridwan bin umar ***
kelas pertama"
sebak lak rasa.
usaha yg membuahkan hasil. so happy.
sepanjang konvo nih kepala aku pikir mak ngan abah aku je.
aku tau diorang mesti happy even diorang tak cakap. T_T
tak mau citer panjang. nanti banjir lak blog aku nih. haha

pas setel istiadat konokesyen nih.
sempat lagi posing ngan famli.
ngan member tak banyak.
masing2 dh missing in action.
ngan lec pun dapat bergambar ngan en juwahir + dr sazili je. huhu
keadaan cuaca tak mengizinkan nak bergambar banyak.
ujan time nih.
aku pun hantar jubah n mau pulang.

check point terakhir.
brunsfield riverview apartment [istana aku la nih].
my famli drop aku kat sini.
then. diorang meneruskan perjalanan pulang ke kg.
sedih + sebak + so happy = ??
tak tau ap yg aku rasa time tu.
suma ada. at least aku tau.
mak aku hepi ngan kejayaan anak dia yg sorang nih Y_Y
b4 mak teruskan perjalanan. mcm biasa lah.
beliau tak pernah jemu mengingatkan aku.
"jgn lupa solat"
"duit jimat2"
"jaga diri elok2"
"jgn bawak moto laju2"
tu antaranya.. kalau ikutkan banyak lagi.
tiap kali mak pesan tu.
aku akan senyum dan iyakan sumanya.
mmg btl pun ap yg mak aku cakapkan tu. T_T
tu la kasih ibu.

ok. dah2.. no feeling2.. ^_^v
balik umah. rehat~~.

apa??? tidor???

salah la beb!.
mlm tu. kuar makan ngan teman2 seperjuangan ku masa blajar dulu.
bro | shuko | mus | yogie | wanie
kat kul 1 baru balik umah..
ok. this time. mmg btl. balik umah. tidur. hehe
tp, b4 lelapkan mata tu. dan lagi aku update blog nih.

ok la kawan2.
tenkiu sudi baca coretan aku yg ngarut nih.
tu je la kisah "aKu iNgin bEbas oN vAcation"
jmpa lgi di post yg akan datang.

aku bercadang nak bt "aKu iNgin bEbas vErsi sEntimental"
nantikan.. hahaha

adios!!!!

gambar yang ada ni sikit je. nak tgk yg lain. rajin2 la bukak kat sini ye :
aKu iNgin bEbas oN vAcation


[saat2 nak gerak ke DSB]


[got cute beat and flowers]


[my belove mum and i]


[it's my day]


[my fren - ni je pic ngan member yg ada kat kamera aku]


aKu iNgin bEbas oN vAcation - dAy 3

[29 November 2010 - Isnin]
day 3?! what happend?! nak tau?!
jom story....

ni last day vacation aku.
the next day will be the climax which is my convocation day.

nak tau ap jadi?. haaaa...
untuk pertama kalinya setelah hampir 2 tahun kat shah alam nih.
hari ni baru aku gi mandi kat wet world.
rupanya best gak. ^_^v
selama ni aku pikir mcm serabut je nak mandi kat situ,
sbb crowded sgt org. hehe
tp kan. kalau nk tau.
aku lak yg excited lebih mengalahkan anak2 buah aku.
mana tak nya. aku tinggal anak2 buah aku kat abg aku.
aku gi mandi kt tmpat org dewasa.
tak hengat dunia.
dh keletihan + kelaparan baru aku cari famli aku.
kejam lak aku rasa. hehe :'P
hampir 2 jam gak ar aku berendam. hbs kecut suma yg ada. haha

setel urusan kat wet world.
kitorang ke masjid shah alam tuk solat zohor.
sempat gak posing kat situ. hehe

!!!~~~

sesi ptg diteruskan.
kitorang gi bukit cerakah a.k.a bukit cahaya.
time ni ujan.
so, berlari2 gak nak masuk tu.
sian lak mak aku.
dh la tak leh lari.
tp kena wat cat walk lak.
kitorang masuk rmh 4 musim.
pose2 skit. pastu kuar.
kalau nak tau.
ni pun kali pertama gak aku masuk setelah 2 thn lbh aku kat shah alam.
ap daaa... -_-"

ok setel!!..
ap?! balik rehat?!
minta maap k. takde nye balik rehat. haha

pas setel kat bukit cerakah.
kitorang gerak ke ole2 sec 18.
wat tournament boling.
team "adik kakak" lwn "laki bini"
sapa menang lu jangan tanya k. haha
yg penting mmg best.
kalau nak tau. mula2 mak aku kata.
balik je trus. rehat. tidor. tgk tv. bla bla bla.
last2 kat tmpat boling mak aku lak yg jd pengkritik bebas.
antara komen beliau:
"patutnya baling ke kanan skit"
"eh. baling senget tu. mcm mana nak jatuh"
"kuat sikit baling bola tu"
terbaikkk!!!! ar mak aku nih.
even dia tak larat.
tp gagahkan gak ikut anak2 dia gi meronggeng.

setel boling.
gi pekena western food kat qaseh sec 13.
masing2 dh kelaparan
time makan senyap je.....
setel!!.

ok. this time mmg btl2 balik umah tumpangan and rehat.
mlm tu aku mmg tak nak bawak diorang gi jalan dah.
kena simpan tenaga tu keesokan harinya lak.

balik umah.
mandi + tukar baju = tidur nyenyak sampai pagi.
suma terkulai layu di hamparan tilam yg empuk.

tu je la kisah aku tuk day 3.
see u at day 4. last day.

adios!!

gambar yang ada ni sikit je. nak tgk yg lain. rajin2 la bukak kat sini ye :
aKu iNgin bEbas oN vAcation



[wet world time]


[wajah2 yg tak basahkan badan]


[rmh 4 musim bukit cahaya]


[musim winter]


[bowling time]

aKu iNgin bEbas oN vAcation - dAy 2

[28 November 2010 - Ahad]
hari ni hari kedua vacation aku ngan famli aku.
pagi yang indah! tiba2.
aarrrrgggghhhh!!!!!!!!!!!
tiba2 aku rasa mcm nak jerit.
haha. jgn terkejut ya. bukan ap pun.
sebenarnya.
hari ni skali lagi aku dah tak leh control diet aku. Y_Y
mana tak nye.
aku bangun pg td.
pas mandi + solat.
breakfst dh ready atas meja.
menu : nasi goreng | sardin | sandwich | tea o'.
sekali lagi aku baham nasi tak ingat dunia.
aodyai!!. takkan turun 6 naik 7 kot.
tak seimbang tu, huhu.
dah la kot intro utk hari kedua nih.
jom story kat bawah ni:

hari ni plan nak gi Genting Highlands.
aku dh penah pi dulu ngan geng2 Komrads.
tapi famli aku belum penah pegi.
so, ni la first time diorang nak gi.
masing2 dah bersiap nak gi.
bekalan makanan pun dah packing baikk!!! punya dalam bekas.
takmo tunggu2 dah.
trus masuk keta gerak ke genting.
selamat la GPS ada.
lancar la skit perjalanan kan. hehe

!!!~~~ [masa dlm perjalanan. time ni dh masuk KARAK]
tiba2 mak aku tanya. "sandwich td ada kat bonet ka?"
my sis said : "sapa bawak bekas makanan td?"
aku: "entah. bukan mak ke yg bawak td?"
mak: "mana ada. mak tak ambik pun"
suma tergelak!!.. mana taknya.
mmg sah la bekalan makanan dh tertinggal.
sedeh je!. dah siap pack baikkk!!! punya.
takpe. takde rezeki nak makan sandwich kat Genting kan. huhu

!!!~~~ [dah sampai Genting]
kali ni kitorang parking kat skyway stesen je.
pastu nak naik cable car.
time tu lbh kurang 9:40am.
ramai gila org.
tp selamat la tak kena que lama sgt.
part yang paling menarik!!!

"aarrghhh!!"
"ap goyang2 ni!! tolooong!"
"seram la pulak"
"huahuaaaaa T_T. takottttt"

tu la antara dialog yg kuar dr mulut kedua2 kakak aku masa cable car tu mula mendaki.
haha. yg kelakarnya. siap air mata tiba2 menitis sbb ketakutan.
biasala first time.
mak aku lak.
walaupun first time.
ttp nampak cool n steady.
[tu luaran ja. dalam hati tu. mak aku tak berenti mengucap + selawat + doa]
mak + kakak2 aku dah pucat muka.
aku gelak2 je. haha :'P
anak buah aku umur 2 thn ngan 5 tahun.
steady ja.. siap excited lagi. sonok!.
mak depa lak yg seram. haha =))

dah sampai puncak.
kitorang pun gerak menuju ke first world hotel.
ada indoor game tuk bdk2 kat situ.
nak main outdoor leceh sikit.
biasa la bawak budak2.
kami yg dewasa ni naik perahu je la.
dh mcm kat itali lak. hehe
pastu. masa anak2 buah aku ralit dok main.
dan lagi aku lepak kat tepi mcd online.
haha.. lwk2.. biasa la. skg ni tadak tenet sehari.
mana leh idup.

!!!~~~ [dah nak balik]
solat jap kat skyway station.
pastu mengorak langkah masuk ke cable car. dah nak turun.
kali ni tak dengar dh jerit2.
sbb kali kedua kot.
biasa la tu kan.

!!!~~~ [dah sampai shah alam]
singgap makan jap kat sec 11.
restoran santai.
konon berangan nak makan western.
rupanya blum ready time tu.
so makan malay food je la.
ap pun Alhamdulillah. DIA masih bg rezeki kat kami.
masing2 dah keletihan time nih.

APA?! ingat kitorang trus balik ke? haha
takdaknya.. berbekalkan semangat yg gigih.
kak aku kata. "jom ke JAKEL".
walaupun keletihan.
dan lagi singgah jakel nak shopping baju.
besa la pmpuan kan.
aku ikut ja la jd bodyguard diorang. hehe

!!!~~~ [setel urusan kat jakel]
time nih ujan.
agak lebat gak ar.
redah gak masuk keta.
dah nak balik ke rmh penginapan rehat kan satu badan yg keletihan nih.

MALAM?! kami dok rehat ja?! tgk tv?!
skali lagi. TAKDAK MAKNANYA.... haha
masing2 semangat nak pi jalan.
pas isya' kami pun bersiap.
nak pi pekena satay kajang hj samuri.
aku pun bwk diorang ni ke PKNS.
mula2 order ayam + daging + perut.
tgh2 mkn tambah lagi ayam.
perrrggghhh!!!!...
confirm diet aku OUT.
yg bestnya. ayat power kak aku.
"haiii... awat nampak mcm org DIET ni ja yg makan laju dr org lain"
haha.. makan dalam tuuu.

!!!~~~ [setel makan]

APA????? balik umah??
hahaha... TAKDAK MAKNANYA..
start keta. kami gerak ke Uptown Shah Alam.
kot2 la ada yg leh di beli kan.
ngah sedap meronda. cuaca tak mengizinkan.
hujan. kami yg besor ni tak pe je.
tp, bila memikirkan anak2 yg kecik tu. terus terbantut.
so, decide nak balik.
kak aku sempat lagi la beli seluar.

kalau ikutkan plan nak singgah I-City.
tp. hari lak hujan.
takdak rezeki la tu.

so. this time. mmg BTL2 balik umah tuk rehat.
tgk jam pun dh kul 11:00pm.
sampai je rumah.
mak aku terus tukar baju.
pastu terbaring keletihan.
sian aku tgk.
walaupun mak aku tu ada masalah lutut.
dia ttp kuatkan semangat ikut anak2 dia nih gi jenjalan.
i love u mum. so much T_T.
mlm ni aku tak bukak rmh urut dah.
mak aku dah terlena pun.
keletihan sgt la tu.

ESOK?!! haha.. jadual yg padat.
ada planning lagi.

nantikan sok punya story lak ye.
k la. aku pun dh letih.
saat2 aku tulis ni pun dh kul 12:36am.
mak | kakak2 | abg | anak2 buah aku. suma dh terbongkang.
tiduuurrr. keletihan la katakan.

aku pun dh mau tidur nih.
k la guys.
aku minta diri lu.

adios!!

gambar yang ada ni sikit je. nak tgk yg lain. rajin2 la bukak kat sini ye :
aKu iNgin bEbas oN vAcation


[baru je mendarat kat Genting]


[saat2 jeritan di lepaskan masa naik kabel car]


[apa pandang2?! haha]


[Jakel time]



[dinner at Sate Kajang Hj Samuri]

aKu iNgin bEbas oN vAcation - day1

[27 November 2010 - Sabtu]
Salam to all my bloggers friend.
apa khabar?
kali ni suasana lain skit.
masa aku ngah taip tuk apdate blog ni.
aku ngah on vacation ngan famli aku.
kebetulan diorang dtg tuk konvo aku yg bakal berlangsung 30 nov nanti.
dah alang2 tu bercuti la trus kan. hehe
tu yg mulanya topik post kali ni.
"aku ingin bebas on vacation - day 1"
sebenarnya time aku menaip ni takdak internet pun.
taip kat notepad. kang aku dh balik istana aku baru aku upload.
meaning. time korang baca ni aku dah habis vacation pun.

ermm... tiba2 blur. tak tau nak start dr mana. *_*V
kali ni aku rasa mood agak sentimental skit.
sbb ni first time on vacation ngan mak | kakak2 aku.

ptg td, lbh kurang kul 2:34pm famli aku sampai dr kg [bagan serai, perak]
dgn jentera Persona PJU**** yg baru dibeli oleh kakak aku dan suaminya.
diorang pun singgah ambik aku kat istana hinggap aku sebelum meneruskan perjalanan ke rumah tamu yg aku dh booking 2 bulan lepas. ye la.
musim konvo confirm dh susah nak dapat hotel kalau lambat.

haissh!! baru intro dh panjang nih. haha!!
tak pe kalau korang ada masa baca la sampai hbs ye.
kalau tak baca sampai hbs pun tak pe.
bukan ada ap pun saja nak kongsi vacation aku kali ni. ^_^

lepas check in kat sec 2 shah alam nih.
masing2 la pakat ngemas barang.
mak aku dh ke dapur hidang makanan yg mak aku bwk dr kg utk lunch.
perrrrgghhhhh!!!!
mmg tak leh tahan nafsu kali nih.
setelah hampir 2 BULAN aku tak makan nasi.[maklumla. diet la katakan]
akhirnya....
aku terpedaya ngan masakan mak aku.
yg bestnya. kalau terpedaya tu makan sikit takpe.
ni tak. siap tambah 3 kali..huahahauaua... seirus sedap.
menu : masak tomato ayam | rendang daging |
serunding daging | ayam goreng | ikan keli goreng | nasi impit | ketupat
sapa yg leh tahan beb! masakan ibu la yg TERBAIKkk!!!
terharu aku. T_T sob3..
mak aku masak mmg utk aku.
sbb 3 hari b4 mak datang. aku dh kol.
aku cakap. "mak. sabtu nanti mak masak la apa2. rindu la nk makan masakan mak".
tu dia. skali mai.. punya banyak mak aku masak.
I LOVE YOU so much mak. you are the best.

pas setel lunch. duk lepak jap.
sambil tgk tv.
dok elok layan tv.
mai desert lak.
buah jambu + pelam + kuah rojak yg kak aku masak sendri.
MAKAN LAGI!!!
hari ni mmg ROSAK trus diet aku. huhu
tak pe la. bukan slalu kan. mak aku kata. pas hari selasa nanti diet la balik.
tiba2 dalam kepala aku terpikir.
aku ada 3 hari lagi nak baham makanan sepuas2nya.
pastu nak sambung diet balik.
haha!!!

ptg ni cuaca tak mengizinkan.
hujan yg sgt lebat.
tp. kitorang dh pikir masak2 nak redah gak.
planningnya mau shopping ke Jalan Masjid India.
walaupun di bebel oleh mak aku yg mengatakan.
"hari hujan. dok rehat je la. sok baru pi jalan.
bukan ap. takot adam tu semput"
[adam tu anak buah aku. umur 2 tahun. kesihatan dia tak stabil sgt]
dengan muka tak bersalah.
pas setel je solat asar.
aku cakap "haaa. ap lagi bersiap la cepat. kita redah je. hujan kat atas"
haha.. bukan slalu kan. :'p
angkatan tentera pun bersiap la tuk ke KL.
mau jalan2 cuci mata.

kitorang pun gerak la ke "stone three" komuter station.
park kete kat situ pastu naik komuter.
bukan ap. naik komuter lagi senang.
tak yah nak pikir jem. nak cari parking lg lah.
naik je komuter. anak buah aku dah jerit2.
excited. maklumla first time naik komuter.

lupa lak nak bg tau. vacation kali ni yg join.
mu lovely mum +
kak aku yg dok perlis [kak ani] + tasya [anak buah aku] +
kak yg dok parit buntaq [kak ida] + suami + adam [anak buah aku] +
aku = "aKu iNgin bEbas oN vAcation"

sambung balik citer.
masa dalam komuter.
sempat gak aku cuit mak aku.
aku bisik. "mak. tgk kiri. tu la kilang tmpat aku keje"
mak aku balas. "Oooo... dekat je la hng nak pi keja noh".
haha.. comel je.

kitorang pun gerak ke jalan masjid India.
dh sampai tu. ap lagi. suma kedai nak singgah.
berpasang2 gak ar baju yg di beli.
aku belikan sepasang baju tuk mak.
kain sutera china. hehe
bukan slalu kan.
#_#V

sepanjang jalan. aku pimpin mak aku.
besa la. mak aku bukan sihat sgt.
tp disebabkan anak dia sorang nih.
dia mai gak.
mesti korang tertanya2 kan knapa abah aku tak mai.
sebenarnya. abah aku tak sihat sgt.
lagi pun tak leh nak jalan jauh2 naik kete.
mabuk. takot nanti melarat lak.
so. abah aku dok umah je la.
aku ttp tak lupa abah aku even ngah bercuti kat sini.
dah kol pun abah masa mak sampai td. hehe

dlm kul 10 gak ar baru sampai balik kat rmh penginapan nih.
masing2 dah kepenatan.
baru sikit tuh. ada 3 hari lagi nak berjalan.
haaa.... kalau nak tau.
rumah penginapan tu dh jd rumah urut lak.
aku ngurut kaki mak aku yang keletihan tu.
dh setel tu. kak aku lak sua kaki dia.
mcm ne aku tak panggil rmh urut. haha.

masing2 dh "kemengantukkan" akibat keletihan.
masa aku ngah update blog ni pun.
sume dh terbongkang tido.
sok plannye nak ke genting lak.

waaaaahhh.. jalan lagi.
dalam kepala aku ni terpikir.
"mampu ke mak aku berjalan jauh sok. genting tu dh la luas"
tak pe. aku ada. leh tlg papah. hehe *_*v

k la guys sampai sini je la ye.
aku pun dh ngantuk nih. sambung sok lak ye.
maaf la gambar takde tuk first day nih.
camera tertinggal.huhu

adios!!

Monday, November 15, 2010

dUa dAlam sAtu!!

Salam satu Malaysia tuk suma bloggers.
anda sihat hari ni?
sya doakan anda sihat.
jangan lupa undi sya ye!!!..
[mcm wakil rakyat lak.. hehe]

kali ni aku punya story sedey skit!!
tp, aku redha ngan ujian DIA.
mmg besar kuasa DIA, takde sapa yg leh nafikan. (-_-")


[Allah Maha Besar]

hari ni [15 nOv 2010 - iSnin]
what a bad day of mine.. T_T

this morning.
bangun lewat. gi keje pun lewat.
apa la nak jadi ngan aku ni kan. ermmm!!
sampai ofis.
tgk email berderet.
ada beberapa kerja nak kena setelkan hari ni gak.
dalam kesibukan yang melanda.
aku tak lupa tanggung jawab aku untuk ONLINE. hahaha!!
terbaekkkk!!!! :P

tgh hari aku balik ke istana aku.
niat nak bayar bil air.
yg lecehnya apartment ni, ofis bukak sampai kul 5 je.
mana sempat aku nak gi pas ofis kan.
so, gi time lunch je la.
pas setel bayar bil.
aku pun mengorak langkah ke ofis balik,
singgah shell jap beli roti.

tgh syok memecut.
setiba kat tol "stolen three" bak kata habil.
aku prasan yg tayar depan motor aku tak stabil.
aku pun berenti la.
rupa2nya pancit daaaa... T_T
time tu lbh kurang 1.17pm
tolak moto kedepan skit.
lepak bawah pokok sementara tunggu org yg aku kol tu sampai.
org tu cakap 25 minit.

..............
mamat tu pun sampai ngan awek dia kot.
india mamat nih.
~!@#$%^&*()_....
setel tukar tayar.
RM20 terbang bersama anei tu.

masuk ofis lewat.
aku bt deeek je bila terserempak ngan bos. hehe
ptg yg busy.
keje lum setel.
aku pun teruskan bt keja.
around 4 lebey ujan yg lebat.
dalam kepala ni dok pkir mcm ne nak balik jap gi.. ermmm.
dalam kul 6 ujan dh reda.
aku pun blah dr ofis.
kuar ngan tansri shuko.

pas punch kad.
aku pun memecut la tanpa tgk belakang.
terus meninggalka tansri.

time ni ujan masih berdansa [bak kata shuko]
tp, rentak nya sudah makin perlahan.
sampai je kat shell batu 3.
sreeeettttt!!!!..
rasa moto tak stabil.
dalam kepala aku.. "takkan pancit lagi T_T"
tp, ap nak buat.
kuasa DIA. motor aku pancit lagi.
buat kali ke-2 dalam tempoh 24 jam.

tu la antara penyumbang tajuk post ni. "dUa dAlam sAtu!!"
dua kali pancit dalam satu hari.
aku pun tolak moto sampai petronas. sebelah shell.
nasib la aku simpan lagi number fon anei yg tukar tayar tgh hari td.
dia cakap 30 minit.
ok.
aku redha je.
speechless. tak mampu nak kata apa2.

..................................... 39minit kemudian.
anei tu sampai dgn badan berbalut plastik.
maklumla nak selamatkan baju dr basah.
aku malas nak cakap banyak.
trus suh anei tu tukar tayar.

~!@#$)_)(*&^%$#@... seketika kemudian.
anei tu cakap ada skru menembusi tayar aku.
setel tukar.
aku hulurkan RM20 kat anei tu.
[sekali lagi dt aku terbang bersama anei nih]
betapa besar kuasa DIA.
mgkin penerimaan aku kali ni lbh tenang.
bermuhasabah diri seketika.
terpikir gak "apa kesalahan yg aku dh buat. aku minta maaf".
anei tu tanya.
anei: "ada rm5?"
aku: "ada. utk ap?"
anei: "tak pe la. sian kat u. i bg diskaun. RM15 dh la. td tgh hari pun sya sudar tukar kasi u.'
aku: "ok. thanks"

masa tu.. aku rasa hepi lak even tayar pancit.
Alhamdulillah.
tiba2 leh dapat diskaun.
besar kuasa DIA.
thank you Allah.


[tayar belakang yg kena skru]
(ni bukan gambar tayar moto aku. aku pinjam je. jumpa kat tenet. hehe)

smpai sini je la kisah aku kali ni.
kali ni mood sedih + insaf (-_-")
besar kuasa DIA.
dua dalam satu.
dua ujian dalam satu hari.

k la.
jmpa lagi kat post yg lain lak ea.
Assalamualaikum.

adios!!




Sunday, November 14, 2010

sAbtu yG hAppening!!

Salam to All my bloggers fren.
berjumpa lagi kita dalam rancangan "aku ingin bebas"..
dh macam pengacara tv daaa...
adoyai!!.. dah2.. stop mengarut-ing.. jom story.....

..::sAbtu [13 Nov 2010]::..
hari ni aku join the komrads club gi main api.. bbq la tu.
manusia2 yg terlibat ialah:
niza, yus, cik yaya a.k. a klon rozita che' wan, kak ina, sama and ros.. yg bestnya mak angkat aku yang sporting lagi best, cun meletop g empak gilewwww!!! pun ada skali.. [dh mcm iklan celcom daaa].

kali ni bt bbq kat bukit cerakah,
walaupun tmpat ni dekat je.. tp ni la first time aku menjejakkan kaki ke situ.
bak kata mak aku "ken tut pun dengar aihhhh".

[ngah asyik membakar sempat lagi yus pose.. :)]

[ni ros ngan niza maskot tuk gathering kali ni.. hehe]


[flying to the moon pas kenyang melantak]


[ni sama n ros yg takdop koje main ngan kucin]


[ni la aku..model of the day.. haha perasan!!!]

best gile time nih.. biasa la dh lama tak bt aktiviti sosial mcm ni kan.
mlm tu kami meronggeng ke uptown danau kota
aku la yg jadi bodyguard n pemandu awek2 di atas tu..
yg penting aku dapat lupakan seketika masalah negara walaupun aku ttp memikirkan seseorang tu.. muahhhahaha

k la my fren.
stop kat sini dulu.

adios!!




Sunday, November 7, 2010

mOcha dI hUjung mInggu & kIsah mAmat pElik!!!

Salam sejahtera diucapkan kepada rakan2 bloger ku tak kira la sama ada yang masih bujang atau dh meroyan nak kawen atau yg dh terlanjur kawen.. haha!!.. intro yg ngarut.

mOcha tIme.. good topic actually.. tp, tak mau citer pasal mocha lagi.. aku nak start dengan kesah kempunanku nak dapatkan mocha.. ceritanya bermula di sinun:..

semalam [6 nov 2010 - sabtu], bangun je pagi tiba2 aku dalam kepala aku ni pikir nak minum mocha... rasa mcm ngidam lak... so, aku pun mulakan pasang plan konon2 plan nak gi oldtown la ptg tu minum mocha. kalau ikutkan plan nak gi PAS ptg tu nak survey harga netbook sbb my sis nak beli.

selepas sucikan diri, aku gi swimming dlu ngan abil housemate aku.. dlm kolam pun aku leh tringat mocha.. haha.. ap lah.. pas swim, layan fb lu.. smbil tgk tv..

masa syok dengar berita terkini kat tivi tiba2 ada sorang pakcik tua rambut putih. pas tengok org tu trus kepala aku terlintas.. "mcm ne la keadaan pakdin skg..mmmm". [kalau nak tau, pakdin tu dh mcm my dady, dia pegawai kesatria kat UiTM kedah.. aku jadi rapat ngan dia masa aku jadi Komander dulu.. idup komrad!!!]. yang aku ingat, aku sms dia sehari sblm tu, dia reply.. tp, kak ina bg tau dia kol pakdin tak angkat... ermm.. skali lagi otak aku terpikir.. takkan masuk sepital lagi.. (T_T).. sebenarnya pakdin tak sihat, dh beberapa kali wat operation + radioterapi treatment. tu yg kepala aku pikir bukan2 tu... so, aku trus ambik hp baru ku and kol kak ina, dia la agent rahsia yang merisik keadaan pak din. trttuttt trtttuuttuttt... ~!@#$%^&*()_+... tu kira perbualan secara sulit antara agent ngan aku.. haha... kebetulan kak ina baru pas habis exam dia pagi tu, aku pun roger ar ajak gi PAS skali.. pastu dia kata ok.. nak memriahkan keadaan.. aku kol Niza.. dia nih rakan seperjuangan ku masa jd komander kat kedah and my junior at my faculty.. masa kol, dia bg tau dia ada program lak kat bukit cerakah.. tak dapat la nak berjimba ramai2.. pastu aku tanya pasal yus [juga rakan seperjuanganku], dia pun join niza.. so, tak pe la, aku kuar ngan kak ina je la..

ptg tu aku gi PAS survey netbook. setel je survey aku roger my sis bt laporan pasaran saham terkini.. pas setel roger.. >>>>>>>>>.. ahaha.. teka aku gi mana (-_-`)v..

gi karok!!.. kak ina pun nk ilangkan stress exam dia.. [padahal dia ada exam lagi keesokan harinya.. tak sedor diri tul. haha ooppsss!!]. pas karok 14 lagu, setel.. (aku tak reti nyanyi pun.. 14 lagu tu kak ina yg melalak.. haha)..

setel je.. aku pun merayap ke SACC.. ingatkan ada oldtown kat situ.. rupanya takde.. slama ni mmg aku tak penah perasan oldtown ada ke tak kat situ.. hehe. last2 tak dapat la nak minum mocha.. gi makan kat Nandos je.

masa dah setel makan, tringat nak kol pakdin.. so, aku pun ambik la fon and kol.. kali ni pakdin angkat... dapat la cakap ngan dia.. lega skit dalam hati sbb tau keadan dia ok.. (-_-)v. sapa2 yang baca story ni, sama2 la kita doakan pakdin ye.. semoga dia cepat sembuh... amin~~

balik je mlm tu, nak je aku jmpa batu belah batu bertangkup.. nak cakap:
"wahai batu belah batu bertanggup, kau telan lah aku.. aku kempunan nak minum mocha".. hahaha... klasikal drama yang di inovasikan (-_-")

so, hari ni [7 nov 2010 - ahad].. aku mengorak langkah ke sec 7, having my lunch kat old town.. akhirnya dapat gak minum mocha.. masa kat oldtown aku order la hor fun. (small kuewtw).. rasa tak sedap langsung, tak sesuai ngan selera aku.. nak buat mcm ne dh order pun.. so makan je la.. Alhamdulillah DIA masih bg rezeki kat aku. (^_^).

masa gi oldtown aku bawak netbook ku yang comel nih.. so, apa lagi, smbil makan, online ler.. tu yang jd tambah order tu.. hehe, aku order drink.. old town white coffee - hazelnut.. menarik gak air tu.. rasa mcm dh addicted to kafin dah.. skali skala apa salahnya kan..

kisah mamat pelik>>>>
yang aku tak leh blah.. masa syok aku dok online sambil menikmati minuman kafin tu.. ada sorang mamat nih.. tak tau la dia normal ke tak., tp agak pelik ar. hand phone dia kaler HIJAU. dalam hati aku biar betul mamat nih.. haha.. takpe2 smbung story... dia ngah cakap fon. leh lak, dia gi kat depan meja aku, ada kawasan terbuka depan parking area.. dia ulang alik kiri ke kanan smbil tangan dia ala2 tgh bt senaman. kira macam kanak2 hyper active.. masa mula2 dia ulang alik tu aku bt deeeekkkk je, pas dh parah sangat.. aku pun start counting.. +- aku rasa hampir 10 kali dia ulang alik. dr kiri ke kanan. ntah apa la yang dia sembang kan kat fon tu kan.. lama lak tu.. aku dapat rasakan, mesti dia cakap ngan DUKUN. pastu dukun tu ajar dia cara nak bagi dapat kalau stadi.. maklum la skg kan musim exam.. hhaaha.. ngarut je.
[kepada mamat kat oldtown td, maaf ye.. saja nk share kisah ni.. (O_o)v]

pas lunch aku pun kembali ke pangkal jalan iaitu di brunsfield, mahligai ku.. and continue online.. haha
semenjak aku ada netbook nih, makin kurang lak masa tido aku.. dh la malam transform jd OWL. siang lak tak tido.. hehe...

biasa la.. bagus gak online, dapat la mengurangkan rasa kebosanan aku time2 cuti nih..

k la my fren.. smpai sini dulu kisah mOcha ku.. see u next post..

adios!!


(-_-`)v... peace!!!


Friday, November 5, 2010

5 nOv bErakhir dI i.T. Rocks!!

Assalamualaikum sume.. (-_-`)

nak dipendekkan cerite ke nak dipanjangkan citer?. haha
ntoh le.. aku kalau dah start story tu, yang pendek pun leh jadi panjang.. :)

hari ni tanggal 05 Nov 2010 bersamaan hari jumaat dan hari Deepavali. ada beberapa perkara yang jadi.. ada yang menyebabkan hati ku lara, happy dan takdak hati.. haha
apa yang aku ngarut ni.. ish3..

ok2.. start story.. ;)

pagi ni tepat jam @#$~ [tak leh cakap.. bahaya.. :P]
aku bangun, menyucikan apa yang patut di cuci.. pastu stand by nak hantar en Habil iaitu housemate ku ke komuter stesen "Stone Three" kerana beliau mahu berangkat ke kampung halaman beliau. beliau dijangka akan bertolak dari "Jalil Hill"ke Mersing tepat jam 11.00 am. sebelum mengangkang kan kaki untuk naik atas moto en Habil aku sempat lagi kol sorang mamat nih.. nama dia mie.. antara perbualan ku...

"aku : salam. ni mie eh... tiub pancit ar.. leh mai tukarkan tak?"
"mie : w'salam. erm.. blh.. nak pakai bila tu?" [nak je jawab thn depan baru nak pakai]
"aku : skng la.. pagi ni gak.. nak kuar nih"
"mie : ok dalam sejam lagi sya sampai"
"aku : eh jap. brapa RM kena?"
"mie : dua puluh"
"aku : ok deal"

huaaahuaaa (T_T) sebenarnya tayar motor aku pancit... tu pun baru sedar pagi2 buta di kala ayam baru berkokok.. [mcm ada ayam kat brunsfield ni kan]. tu yang gi hantar en Habil naik moto dia.. so, aku terpikir gak, mcm tu dinamakan ap eh.. "menghantar tuan moto dgn menggunakan moto beliau" haha :P

dah sampai kat Stone 3 station, aku pun meninggalkan en Habil dengan wajahnya yang girang mahu pulang ke kampunag. lepas tu aku pun mengorak langkah.. eh silap, mengorak tayar motor untuk pulang ke kediaman rasmi ku di brunsfield. tiggal lah aku yang sebatang kara kesepian dan keseorangan sbb housemate aku yang lain juga pulang ke pangkuan keluarga masing2 untuk beraya.. iaitu Shuko dan Syaqir.

bila dah sampai kat rumah ada 3 perkara yang bermain di kotak fikiran aku yang botak nih iaitu:
1. mau sambung tido
2. mau swimming

3.
mau online

setelah di fikir masak2, aku memilih untuk buat perkara ke tiga terlebih dahulu.. [mcm susah je nk bt pilihan kan.. haha]

sebenarnyakan.. patutnya aku ke ~!@#$%^ pagi ni untuk ketemu seseorang. tp, apa kan daya org itu ada hal lain yang harus beliau sempurnakan.. sedey je.. (T_T). tak pe lah, dok umah je..

kepala ku pikir mau pi swimming. tp, oleh kerana mamat penukar tiub motor aku tak sampai2 lagi mcm ne nak pi kan.. ermmm.. terpaksa la tangguhkan niat aku. tak lama pas tu aku dapat sms. "10 minit lagi sya sampai".. ok fine, masa kol kata sejam. pastu sms kata lagi 10 minit. padahal dh lewat 15 minit.. kalau aku pi swimming pun sempat.

lepas tayar motor dah setel tukar, aku pun dengan gagah naik ke rumah ngan tangga.. kononnya exercise.. haha :P.. tiba2 aku dapas sms dr en Habil. "weh wan, ko lambat lagi kan, nanti ambik aku kat batu 3, aku terlepas bas (T_T)".. sian je masa aku baca sms tu.. tp, yg bestnya, aku tak keseorangan lagi hari ni.. hahaha.. suka2.. :). kalau nak tau kesah terlepas bas oleh en habil blh la melawat ke laman blog beliau.. :D iaitu [Infiniti]

sambil tunggu en habil sampai, aku sambung oniline + tgk TV + makan roti.. hehe [konon la kan tak makan nasi.. tu yg layan roti je]

setel sesi pagi.. sesi petang bermula...

ayat habil : "wan, kul 2.30 swimming eh".. aku pun cakap. "ok set".

tiba2 kan.. aku baring n terlena smpai ke petang.. haha. swimming dalam mimpi je la.. ngan en habil skali hanyut.. :P

sesi malam lak..

first aku plan nak ke PAS [Plaza Alam Sentral.. bukan Parti Islam Se-Malaysia okay.. ] sbb aku dipertanggung jawabkan oleh my sis.. nak survey harga netbook sbb nanti time konvo aku dia mai dia nak ajak aku gi beli..

tgh syok online.. tiba2 en habil ajak gi i.T Rocks!!.. yeay2!!!.. rock tu.. haha.. ok gak tu.. so, layan je.. kitorang pun gerak ke stadium melawati shah alam around 9 pm lepas isya'.. (-_-`). sasaran utama aku ialah.. mengumpun sebnyak yg boleh phamplet.. dh mmg tabiat aku.. so, sambil2 jalan tu, aku survey harga netbook. oleh kerana tak la besar sgt n tak banyak pun booth yg jual netbook, so, belum tercapai sasaran utama nak survey harga netbook btl2..

so, mungkin sok lak kot aku flying ke PAS, gi survey.


[i.T. Rocks! punya poster.. sebenarnya ada muka aku tp, ia menampakkan aku sangat ~!@#$%^.. trus aku crop.. haha]


adakah esok akan jadi "another boring day" untuk aku?.. i hope not.. (-_-`)

sekian terima kasih.. tu je la nak story hari ni.. skng dah tau kan knapa title post ni "5 nOv bErakhir dI i.T. Rocks!!"..

apa pun aku pasrah.. mmg benar statement "kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan".. sbb apa yang aku plan hari ni semua tak menjadi.. yang jd benda yang tak plan lak.. hehe ;)


k la... to all bloggers, tak kira la bangsa apa kamu, aku ingin ucapkan sElamat mEnyambut hAri dEepavali..

(-_-")V peace...

adios!!!


Monday, November 1, 2010

mCm tAk cAya jEeee~~

hi my bloggers' friend..
(-_-")

hari ni 1 november 2010. so, kalau dikira lbh kurang 29 hari lagi untuk konvokesyen aku.
so, to all my friend Happy Graduation Day
[mesti aku org paling awal ucap ni. hehe]
xpe.. ada aku kesah!!!! :P


sebenarnya kan.. ada something yang terjadi hari ni yang membuatkan aku speechless seketika, bak kata Lady Gaga.. "I can't believe what you said to me last nite we were alone~~~"
[apa kaitan ngan lirik ni ntah..]

pagi tadi aku ada interview kat Fakulti Pengurusan Maklumat. fakulti tmpat aku study degree dulu kat kampus puncak perdana. banyak kenangan kat sini.. gi pagi td, sempat gak mengiambau kenangan.. haha.. ngarut aku nih!!

nak di pendekkan cerita, hari khamis minggu lepas Kak Lin (fakulti) ada kol handphone aku yang comel dengan ringtone yang baru download tu.. aku pun angkat kol.. Kak Lin cakap:
"Assalamualaikum, ridwan eh.. kak lin ni, dr fakulti pengurusan maklumat. kak lin nk bagi tau, kamu kena datang temuduga untuk pelajar cemerlang fakulti minggu depan, 1 nov 2010, jam 10:00 pagi kat bilik mesyuarat 1 fakulti ye".. dengan blurnye, aku cakap "ok!!".
pastu, dah letak fon baru aku perasan yang aku tak tanya apa pun... mengong gak aku nih.. slalu mesti aku siasat punya... errmmm...

tp kan, kes tu tak berakhir kat situ saja.. haha

esok harinya, iaitu hari jumaat, hati ku terdetik nak kol kak lin tanya temuduga tu untuk apa..
pas solat jumaat, aku pun kol la fakulti. number fon tu mmg dah ada dalam koleksi contact number hand phone aku.. tanpa segan silu, aku pun kol.. tiba2.. kedengaran suara yang mcm ku kenal.. katanya "Hello.. bilik Dekan.. ada apa2 yg saya blh bantu".. haaa,, ambik sebijik.. wrong number la.. pastu aku pun tanpa segan siku bertanya.. "kak mas, apa ext number kak lin?". hehe. sebenarnya aku kenal PA dekan tu, sbb penah keja kat fakulti tu dulu.. tu yg tak segan tu.. (-_-")

[kata nk di pendekkan cerita.. tp mcm panjang je nih.. haha.. ada aku kesah!!]

pas kak mas bg tau number kak lin, aku pun kol la skali lagi.. tup2, Kak Ram yang jawab.. katanya kak lin cuti, hari isnin baru ada... ermm... oleh kerana sikap spy ni mmg ada dlm diri aku, aku pun tanya la kak ram.. pasal interview tu.. nk tau dia jawab apa?.. huh!! ada ke patut dia kata :
"alaaa... ko tak yah risau la.. ko datang je.. pakai lawa2, wangi2 skit.. pastu kalau sempat pi mandi bunga hujung miggu ni".
hampeh je.. tp, kelakar gak.. tergelak seketika.. hahaha!!


so, masih tak dapat jawapan temuduga tu untuk apa..
pagi tadi, 1 nov 2010, aku pun mengorak langkah ke Ofis mcm biasa.. duk kejap kat ofis, dalam kul 9 am aku pun bertolak ke puncak perdana untuk temuduga tu..
~~hampir sejam ditembak oleh panel-panel yang pakar iaitu [Dr Azman, PM Fuziah, Pn Rashimahwat & En Rashid], akhirnya baru di beritahu tujuan temuduga tu,,
katanya.. "actually you are one of the candidate for Young Lecturer Scheme under UiTM, where, if you are selected, you will be send tu US for doing your master and coming back as a lecturer in our faculty".. OMG.. ya Allah, Kau je yang tau perasaan aku masa tu.. tp kan, baru candidate je, blm selected lagi.. hehe (^-^)V
ye la mana taknya, dh lama aku bercita2 nak sambung blajar kat over the sea n become a lecturer..
oleh kerana tak prepare apa2, aku pun tak leh nk mengharap sangat sbb interview tu aku main hentam je,, english confirm dah terabur.. huhu
takpe.. yang penting berdoa & tawakal kpd DIA.. amin~~


perkara ke-DUA yang jadi.. aku rasa, this is the happiest news that i got today.. :D

masa lunch, abah kol.. abah cakap:
"Assalamualaikum wan... ni ha, ada surat hang sampai, dia tulis.. hang dapat graduan terbaik program, dapat sijil dgn duit RM+++ [rahsia.. haha].. ada borang nak kena isi ni. tp, tarikh akhir dia dah lepas"... tu la kata2 abah aku...
time tu.. heppi bangat!!.. Alhamdulillah.. rezeki aku.. (-_-")

so, kat kesempatan ni, aku nak cakap.. aku bersyukur sangat.. Alhamdulillah.. terima kasih banyak2 kat Mak, Abah & family members yang tak penah jemu bagi sokongan moral & ongkos [ni penting nih] hehe. buat semua pensyarah2 yang penah mengajar aku, kalau takde pensyarah2 nih, sapa la aku kan.. and last but not least... my beloved friends...
you all superb!!.. i'm proud to be your friend.. (-_^)

[tak sabar nk tunggu konvokesyen day.. hehe]

rasanya sampai kat sini dulu.. jumpa lagi di post2 yang akan datang..
tungggggguuuu..............

hehe... adios!!!!


Sunday, October 31, 2010

aKtiviti hArian-kU

kan dah cakap.. mesti pas ni aku akan slalu update blog aku.. haha (-_-)



~sWimming~

haaaa.. sapa yang tak reti berenang?.. jangan kawan ngan aku k..
haha
sory2.. [jgn ambik hati ye]

bukan apa.. sejak akhir2 ni aku dapat rasakan aku makin meminati hobi ni
iaitu :swimming
mana tak nya, hari-hari pas keje mesti pi swimming
bagus tau!!.. senaman tu.. bagus untuk jantung. ;)

yang tak best-nya kalau banyak keja kat ofis,
terpaksalah aku batalkan niat nk pi swimming :(

haaaaa... bila dh cakap pasal swimming ni, tringat lak kejadian yang jadi kat swimming pool apartment ~!@#$%^&*().. [nama kena censor. bahaya.. sbb nk kutuk.. haha :P]

back to the topic.... >>>
kalau ikutkan, baru je lagi aku dok kat apartmen ni. so, nak dipendekkan cerita,
masa mula2 aku dan housemate ku eN hAbil dan eN sHukor nk gi swimming
boleh lak, ada guard bukak kaunter pendaftaran..
siap ambik nama + ic number + no access kad + no rumah + no fon + bla bla bla.

ada ke patut.. ingat aku nak pi minum air pool tu bagi kering ke apa.. ish3..
trus jd tak best.. tapi kan.. ada aku kesah!!!

aku mandi gak dengan suka ria nya.. hehe

tu je la kot tuk kali ni..

adios!!!




uPdating bLog wIth mY nEw Gajet!!!

salam 1 Malaysia suma..
mesti blogger2 yg ada kat sini rindukan aku kan?.. haha *perasan!!..
ye la, dh lama gila aku tak update blog aku nih,
kalau masak megi tu, dh basi pun..
takpa, kali ni kewujudan aku sbb nk perangat balik dunia blog aku nih.. haha

bkn pe, kali ni lain skit, sebab aku meng-update blog aku nih pakai Mr gajet aku yg baru. ahha

nak tau apa dia.. tgk kat bawah ni:
[mY nEw gAjet hP nEtbook]

walaupun agak ketinggalan sbb org lain dh ada lama, aku bru ja ada..
ada aku kesah!!!..

pasni slalu2 la tengok blog aku ni ye.. sbb banyak lagi benda nk story nih.

jmpa di lain post la pulak ye..

adios!!!


Monday, August 16, 2010

setelah sekian lama

huaaaa....
tiba2 je kan...
hehe.. ntah la, actually takde apa pun nk di ceritakan kt sini,
sbb dh lama tak update blog,
hari ni aku bushan kat ofis, tak de keje nak buat,
tu yang leh jd crita aku update blog nih..
hahaha... ayat aku dh tunggang langgang nih..

maap la ye.. maklumla, mata tgh ngantuk, perut tgh lapar..

k la, cau dulu,, ntak tahun bila lak la aku nak update blog kau ni.. hehe
bye..

Saturday, June 19, 2010

hari yang melawak-kan.

lawak-lawakkk.... ;)


nak di pendekkan cerita, time ni baru balik keja
hari jumaat (18 Jun 10)

lampu moto tak nyala, so singgah jap kat bengkel moto kat TTDI Jaya
semua berjalan dengan lancarnya
dh setel tukar lampu
apa lagi, kitorang pun start la moto and ready nak balik rmh..

yang lawaknya..
dh pertengahan jalan baru aku perasan yang aku terlupa ambik HELMET..

nak pecah perut aku gelak atas moto..

gambar kat atas tu snap masa nak patah balik ambik helmet..

lawak lawakk..

:)


Tuesday, June 8, 2010

~ 2nd day @ ofis ~

2nd day kat ofis
Hari ni lebih kurang macam semalam
Lum ada specific job yang nak kena buat abb supervisor aku masih bercuti

Ngadap pc, review sample report, sample system and sample request changes from client.. sambil2 tu aku dok online la sbb boring sangat.. hehe ;)

Tangan dh gatal2 ni, tak sabar nak buat coding..
Tapi tak leh nak start buat lagi sbb lum dapat batch, id n password..
So, kena tunggu la sikit hari lagi.. huhu

K la.. kat sini dulu…

adios..

Monday, June 7, 2010

~ Hari ni aku mulakan hidup baru sbg pekerja ~

...hari ni first day aku masuk keja...
everything just ok
dok kat ofis lum ada specific yang nak kena buat
meja aku sblah hazwana (kira senior aku la kat sini)
pastu kat sblah kanan aku lak ada sorang mamat ni, baru kenal masa nak masuk keja pagi tadi
nama dia SHUKOQ.. (mcm bisa ku dengar nama ni .. hehe ;) )
mmg kenal pun
my supervisor nama dia "yat"
hari ni ngan sok dia cuti., nampak gaya aku honeymoon lagi la sementara waktu ni
kat ofis ni ada senior yang aku kenal masa study dulu.. nama dia kak fairuz
dia yang banyak guide kat sini
so lucky to have someone that i know here.. tq my sis..
the best thing of start working is aku dapat sokongan dari ramai org
first my mum n my dad.. they said that:
"keje lek lok, jgn bagi bos marah nanti kena buang keja.."
"nak gi keje bawak moto lek lok., dok kl tu bahaya, banyak keta.."
then, last nite i received sms from my beloved lecturer
pn shima.. she said:
"selamat memulakan alam pekerjaan.."
ok la guys., tu je kot tuk kali ni
lain kali aku update lagi ye..
adios!

Wednesday, June 2, 2010

Updating mY blOG


...mmmmmmmm...

tak tau nak cakap apa ni sebenarnye.
tapi,
nak dipendekkan crita, atas permintaan ramai aku pun update la blog aku ni.. hehe

dah macam permintaan lagu kat hot fm lak..

k la guys, adios.. :D


Tuesday, May 25, 2010

Hacker's Skill


hari ni hari first kelas CompTIA Security+
banyak gk yg dh blajaq.

part yg paling best masa mr belly tunjuk skill dia hack server..

pergh.. terkagum seketika..
hilang ngantok. hehe


dok kusyuk blajaq security, then Shukor habaq kelas dia tak ramai yang pass exam smlm...
ketaq perut aku yg tough ni.. huhu

k lah..
focus study.. stop playing..

adios


Thursday, May 20, 2010

Now..., It's BegiN

now..., it's begin

the beginning of the next phase in my life which is working..

mcm biasa la., dh habis degree (Insyaallah) mesti pkir pasal nk cari keja
yang aku ni masih dalam dilema either keja or further study

my mum said :
"keja la dulu., pas ekonomi dh stabil baru la nak sambung..."

my dad said:
"up to you"

my sister said :
"now is ur turn... keja dulu bantu mak n abah.. adik2 pun tak hbs blajar lagi..."
"apply la government.. ada masa depan..."

my brother said :
"sambung la master oversea.. kalau dapat peluang trus buat PhD.. cari scholarship under universiti"

my lecturers said:
"sambung la overseas.. cari scholarship.."
"keja dulu pun ok gak.. ambik je peluang yang ada.."
"buat la master pastu aplly jadi lecturer..."

my friends said:
"keja ar wei...."
"hang sambung ka?.. keja la best.."

i'm realy appreciated for all comments and suggestion..

now

i'm still thinking for making a decision...

...mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...


right now, what i think is...

i will apply for all opportunities come.. study or even work..
then., i will grab any chance that come to me..
i don't mine either work or further study..

is it ok?...

i hope so...

:)




Wednesday, May 19, 2010

i'm NOT into Mamak!!..


sapa yang suka makan kat kedai mamak., angkat tangan ^^^^^^^^...
tetttt..... ofcourse aku tak akan angkat... sbb

i'm NOT into Mamak!!..

entahla knapa.. tp, aku mmg tak brapa suka nak pi makan kat kedai mamak..
takat nak lepak2, teman membe tu., ok la...

tapi, aku tak kata yang aku tak makan. just NOT INTO mamak.. huhu





Tuesday, May 4, 2010

Eksplorasi Ilmu & Budaya di Negeri di Bawah Bayu || 28 April - 4 Mei 2010

Saat aku published post ni aku dah balik ke semenanjung pun..
tapi saja nak kongsi cerita time gi Sabah tu..
sbg salah sorang biro program, aku bertanggungjawab nk pastikan suma program berjalan lancar.
kebanyakan tmpat lawatan kat Sabah aku yang atur..
tp, atas bantuan Flovia gak sbb dh dia mmg org Sabah...

.....the story begin.....
[gmbar nanti2 la aku upload].. ;)

28 || April || 2010 (Rabu)

time ni adalah saat2 genting nak kena submit report SA2.. aku dh siapkan bahagian aku, then past to my project manager for final editing...
then, 3:30pm bas dah tunggu nak gerak ke LCCT..
first flight jam 6:30pm., aku naik second flight kul 9.25pm.
actually ni first time aku nak merasa naik flight..
rasa excited pun ada.. hehe
sampai je kat LCCT suma dh ready posing. biasa la suma sensitive ngan kamera..
time nak masuk, ada gak membe yang sangkut kat beg, so, kena la hantar masuk kargo.,
asa gak yang trnsfer kat beg org lain..,

lbh kurang 9:15pm dh leh naik flight...
yang bestnya time nak masuk flight tu,
ada pramugari yang cumil2 tunggu depan pintu masuk.. tambah2 excited la.. haha ;)
then, everything goes smooth smpai la mendarat kat KKIA terminal 2..
kalau tak silap kul 12:13am smpai.. tu la saat pertama aku menjejakkan kaki kat Sabah.
Alhamdulillah, tercapai gak hasrat nak gi Sabah..

pas check out., tunggu bas dr UiTM Sabah dtg ambik.
pakcik yang bawak bas tu nama dia en. Saiman..
1st impression pakcik mmg ok tak macam certain pemandu2 bas kat shah alam.. huhu

dah sampai kat UiTM Sabah, sia[ ada sekeretariat yang tunggu
diorang la yg bawak tunjuk bilik..
then, end kat situ., program cont. nexr day lak..




29 || April || 2010 (Khamis)

masa kat Sabah tak sama ngan semenanjung.,
kul 6:00am dh cerah mcm kul 9 kat semenanjung.. that's the biggest different between Sabah ngan Semenanjung

first destination hari ni., kitorang melawat kat YAYASAN SABAH.
aku yang deal ngan diorang ni., diorang sangat welcome kitorang..
ingat lagi time tu, kalau ikut appoinment kul 8:30am
tapi
kitorang baru on the way time tu, pegawai dari Yayasan Sabah tu siap kol aku tanya kat mana
kalau kat semenanjung susah nak jumpa organisasi yg mcm tu.. huhu
then, bila dh sampai, siap ada 3 orang awek2 cun yang sambut kitorang
nama2 mereka aku sudah lupa la.. sory..
then, mereka2 itu bawak kitorang gi tingkat 19 [tak pasti tul ke tak] bangunan Yayasan Sabah tu tuk taklimat..
before taklimat diorang bagi kitorang b'fst dulu., tak aspect pun., tapi dalam hati, Alhamdulillah, murah rezeki aku., perut mmg dh tgh lapar time tu., apa lagi., baham la apa yg disediakan.. hehe
dh habis taklimat, mereka2 itu bawak kitorg g restoran ap ntah kat tingkat 18
tmpat ni berpusing., leh nampak sekitar kawasan KK.. dh mcm muzium padi kat Kedah lak.
tp, tmpat ni lagi best sbb leh tgk pemandangan live bukan gambaq.. hehe

seketika pastu., mereka2 itu bawak kami gi melawat kat
perpustakaan penyelidikan Yayasan Sabah lak...
lagi skali diorang sediakan minuman utk kitorang.., baik sungguh org2 Sabah.,, thanx...

..PETANG lak..

kitorang gi Unit Kemajuan IT Negeri, Wisma Bandaran Sabah..
kat sini kitorang jumpa pn Symphrosa ngan pn Yulin
kitorang diberi taklimat kat bilik broadband, tingkat 13 bangunan Wisma Bandaran tu..
kebanyakan kawan2 suma dh ngantuk.. en Fadhil siap tertido time pn sym bagi taklimat. opsss.
pas taklimat, kitorang dapat makan lagi.. Alhamdulillah,. mmg murah rezeki kitorang hari tu..
lawatan akademik tuk hari tu dh habs...

on the way nak balik tu., kitorang singgah kat Tanjung Aru.
kat situ kitorang dapat tgk matahari terbenam. mmg cantik.,
dapat jalan kat pantai., mmg best ar..
tapau dinner kat sini gak., aku order nasi goreng seafood, pas siap., aku pun bukak la tgk.,
nasi tu 'sepesen' [sama] je mcm nasi yg aku makan sehari sblm tu., mmg org Sabah msk mcm tu kot.. huhu.. ;)

pastu, kitorang suma balik ke UiTM Sabah tuk rehat2kan kaki yg dh penat jalan...
sok nye banyak lagi tmpat yg nk pi.. hehe


30 || April || 2010 (Jumaat)

pagi ni kitorang UMS... first destination Perpustakaan diorang
kitorang dibawa ke bilik mesyuarat kat level3., department Koleksi Perdana..
time jalan masuk je dh rasa teruja., library diorang mmg cantik..

then, Librarian Cik Rubina bagi taklimat kat kitorang.. lagi 2 org Librarian yang ada sama aku terlupa sudah nama mereka.. tapi, tq sbb sambut kitorang..
bla bla bla bla..... Cik Rubina tu crita pasal library tu., kitorang suma dengarla ngan penuh kusyuknye...

seketika kemudian....

dh hbs taklimat.. hehe [sukeee]
Cik Rubina bg tau " kami ada sediakan sedikit jamuan untuk kamu., jemput la jgn malu2 ye "
Dlm hati ku berkata., Alhamdulillah.. murah lagi rezeki aku hari ni.. ;)
taklimat sudah
makan pun sudah
then, kitorang dibwa melawat ke sekitar library..
antara tmpat yg kitorang tgk - Koleksi Nobel diorang.. tmpat dia mmg cantik, nampak eksklusif..
pastu kitorang gi diorang punya MegaLAB...
yg menarik kat megalab diorang ni., diorang asa 500 buah PC utk student,
confirm tak yag beratur nak guna., dh la tu., sorang pelajag limit masa sampai 5 jam, kalau takde org lain yang nak pakai., lagi lama la leh stay kat lab tu.. mcm best je kan..
kalau la PTAR ada mcm tu.. ;)

2nd destinasi kitorang kat UMS tu, kitorang gi Gallery & Muzium UMS
time ni mmg kitorang dh lewat gila., mana taknye, appointment kul 10 am., tapi kul 11:30 baru kitorang sampai sbb lama sangat kat perpustakaan.. huhu..

dah jalan2, posing2, snap2 gambar kat gallery n muzium tu, kitorang pun blah.. sbb ofis pun dh nk tutup ., tengah hari sudahhh....

then, kitorang gi lunch kat foodcourt UMS.,
yang menariknya ada SOTO BANJAR kt situ., aku tak rasa pun, tp, rasa terharu lak sbb leh dapat soto banjar kat Sabah., maklumla, aku ni kan keturunan Banjarian..hehe
habis sudah di UMS..


PETANG tu kitorang gi Kampung Budaya Monsopiad lak..
tmpat ni mmg best banyak benda pasal Sabah yang kitorang blajar kat sini., antaranya traditional game diorang., traditional dance and many more..

banyak benda yang jadi kat sini., kitoran yang gi je tau., and only us,, hehe

kat sini gak saudara SHUKOR || Saudari AIIN & HUDA || dh makan ULAT MULONG eeeeeeeeeeeeeeeeeee.... geli gak tgk., tapi TAHNIAH kat mereka2 ni sbb dh berjaya makn.. ;)

banyak lagi aktiviti yang kitorang buat kat sini....... nanti la aku upload gambar2 tu ye.. ;)


Before balik UiTM Sabah tuk rest., kitorang singgah kat ANJUNG SELERA for dinner
tmpat ni mcm kat Kuala Perlis pun ada., makan tepi laut..
order..order..order..order..order...order...
makan..makan..makan..makan..makan..makan..
last2 time nak bayar terkejut beruk pun ada.. mana taknya., total makan RM213.00
jap2.... korang jgn terkejut lebih2 lak.,
total tu bukan aku makan sorang., kirotang makan buffet la..
|| aku || mus || huda || wany || syuhadah || mar || ijan || fadh || shukor ||
nama2 kat atas ni la yang terlibat sama dalam agenda makan2 dan order2 time tu.. heh
tapi., mmg puas hati ar makan., sampai tak habs.. opss...
antara yg kitorang makan-
Ikan Kerapu & Siakap masak Sweet n Sour || sotong goreng tepung || tomyam || baby kailan || kerang bakar ||
apa pun Alhamdulillah Syukur sbb diberi peluang menikmati makanan2 tu.. ;)
habis sudah hari ni punya agenda..



1 || Mei || 2010 (Sabtu)

...today is ShoPPIng time...

bangun je pagi aku trus wat check list apa yang nak dibeli., maklumla., dh tua2 ni takut lupa.
first priority barang yang dikirim oleh my family then baru pkir nak beli apa utk org yang disayangi & teman2 di semnanjung.. utk aku??,... ntah le.. huhu

1st place kitorang gi Sutera Herbal.. kat sini ada festival kraftangan Sabah.. kebetulan time kitorang gi ni ada festival ni., kitorang dapat tau pun drpd staff kat yayasan Sabah hari tu..

kat sini ada pameran kraftangan ngan lain2 produk Sabah such as Coklat, kuih cincin and many more....
at 1st place, aku beli kuih cincin ngan coffee Sabah utk my mum, my dad di kampung...

the day continue.... then, kitorang gi WISMA MERDEKA
kat sini tak de apa pun yang menarik sbb shopping complex ni lebih kurang PKNS S.Alam je..
dh bring sangat kitorang ke jenjalan kat Metrojaya lak..
kitorang yg dimaksudkan ialah (aku||mar||wany||nurul||ijan||fadh)
tmpat ni baru je di bukak., so, tk banyak kedai pun lagi.
yang menariknya aku buat2 perak gi cuba "eye treatment" yg Permata Hijrah puna produk
kat semenanjung aku tak try pun.. huhu...
dah penat memusing kat sini., kitorang gi mengisi perut kat foorcourt metrojaya ni..
view kat foodcourt cantik, dapat tgk laut time makan..

seketika pastu., boring datang menjelma.. kitorng pun go la main place for shopping which is Pasar Filiphine / pasar kraftangan..

excited sudahhhh...

sampai je trus tawar-menawar harga.. macam2 aku shopping kat sini antaranya :
Ikan Terubuk || Ikan Keropok || Kuih Cincin || Mutiara || Bruch || Gelang || T-Shirt || Souvenir dh macam2 lagi.. tak ingat sudahhhh

time malam mmg happening., ada pasar malam... aku smpat makan kat pasar malam tu.,
makanan mmg murah... yg bestnya aku order mee goreng., then, time dia hantar mmg terkejut tgk sbb punya la banyak... mcm tuk 3 org mkn..

penat sudah... kitorang pun tunggu la bas nak balik ke UiTM Sabah for rehat2 kaki2 yg dh lenguh berjalan seharian. mana taknya., dari 9 am sampai 9 pm jalan. huhu..
penat tu perkara kedua., yang penting mmg best.... enjoy!!!...




2 || Mei || 2010 (Ahad)

hari ni lain sikit sbb kami akan menginap kat Kirams' Village, Mesilau [salah satu daerah Kundasang]

planning kat Mesilau tu nak buat BBQ.. so, before bertolak ke sana kitorang konon2nya nak singgah kat pasar besar KK.. tp, apakan daya keadaa tak mengizinkan snn jem yang sangat truk., then, kitorang tukar plan., kitorang gi pasar kat TUARAN, sbb nk pi Kundasang mmg melalui tmpat tu..
dh sampai kat pekan TUARAN, aku || mus || yogie || im and the most important person Flovia
gi shoping brg2 bbq., yang lain2 ada yang tlg gi pasaraye beli bahan perap., ada yang tungu kat dlm bas ja..

ayam || sotong || ikan || udang
tu la menu kitorang tuk bbq mlm nanti.., excited dh rasa time tu...

dh setel shoping brg2 bbq, kitorang pun gerak la balik ke bas, on the way tu singgah jap pasar pagi nak beli makanan...
sampai kat satu kedai tu, aku tertarik ngan nasi dia sbb bungkus dalam daun keladi.,
aku pun tanya la apa tu., orang tu cakap nasi... dengan confident aku cakap nak 2 ye makcik..
pastu makcik tu cakap, RM1.00.. aikkk.. murahnye.
heran seketika.. aku pun tanya la., nasi tu lauk apa., makcik tu cakap nasi tu takde lauk.,., nasi manis... aku dh ragu2., then, tukar plan., aku beli nasi lemak ngan nasik yang bungkus ngan daun keladi tu sata ja..

pastu., terus balik ke bas and ready to go to Kundasang..
nak pi kundasang it takes about 2 hours.. dlm perjalann tu perut dh bunyi., aku pun bukak la daun nasi daun keladi yang dh beli kat Tuaran td., dh excited nk makan., aku tgk rupanya benda tu bukan nasi., TAPAI la... huhu tertipu sudah.. actually bukan la niat makcik tu nak tipu aku., just masalah komunikasi..

aku ni mmg tak berapa nak minat ngan Tapai., so, passing je la kat teman2 yg lain.
nasib la aky beli nasi lemak., kalau tak kebuluran aku.. hehe..

dah makan., layan muvie lak dalam bas.. sambil layan muvie., aku pun terlena sampai la kat Kundasang....

mula2 aku ingat bas leh masuk sampai kat kirams' village tu., tapi, menympang sama skali.,
kitorang kena tunggu van lak datang ambik nak ke tmpat tu... huhu

kali ni mmg adventure.. bukan apa., dh la nak pi tmpat tu jalan dia curam., naik lak van yang tak berapa nak sihat.. huhu.. seram sejuk dibuatnya..

finally sampai gak kat Kirams' Village tu... kepenatan dan kecuakan naik van akhirnya berbaloi pas tgk tmpat penginapan tu..
mmg cantik.... penuh ngan bunga2., udara nyaman., sejuk., dh mcm kat switzerland lak ransanya... hehe...

pas semua dh selamat sampai., kitorang pun check in la masuk challet yg ada tu..
lelaki ditempatkan kat CABBAGE [nama rmh]

rehat2 jap.. [aku siap tertido lagi.. hehe ]

pastu suma dh membusykan diri ngan preparation tul BBQ mlm tu.,
ada yang setelkan ikan., udang, ayam, sotong..
dgn blur2 baru bangun tu aku buat bahan tuk perap ayam...

ikan , sotong ngan udang Kak yan ngan Kak Ja yang setelkan..
mus, im, hones tlg bakar kayu arang tuk panggang nanti..

rasa mcm family lak.. mmg best., ngan environment yg sejuk lak..


mlm tu aku bertugas sbg PEMBAKAR yg setia.. hehe.,
sambil2 tunggu makanan siap., yang lain2 pun apa lagi ambil peluang yg ada tuk berKARAOKE.

seketika pas tu., AIIN dgn bangganya panggil aku yang tgh bakar udang ni gi nyanyi..
aku ni dh la tak reti nyanyi, suara lak tak sedap.. tapi, layan je la...
lagu yg aku nyanyi [lagi jiwa lagu cinta by mawi n m.nasir]

dh pekena satu lagu rasa mcm best lak., nak nyanyi lagi.. hehe..
pastu aku pun melalak la ikut orang lain nyanyi...
mlm tu kitorang nyanyi sampai adik yang jaga tu dh nak tutup kedau dah.. hehe


>>
before tidoq, a few of us plan nak gi jenjalan kat sekitar kawasan tu... tapi., gi jalan kejap je sbb ada masalah teknikal.. hehe ;)
semua pun malas nak tido lagi., kitorang pun buat la "special session"
antara kita2 je.. yang involve time tu
aku || bibah a.k.a huda || shukor || flovia || hanis || habil || ijan || wany || nurul ||
dh mcm sesi meluah perasaan pun ada.. yang bestnya., semua open.. luahkan je ap yang dirasa
the most important this is
"what happen at Kirams' Village will only be there" that is the promise between us.. i hope so. ;)

habis tuk hari tu... suma pun balik tidoq.. tak payah pakai kipas or air cond pun.. mmg sjuk tmpat tu..



3 || Mei || 2010 (Isnin)

program diteruskan...
pagi ni kitorang dh check out dr Kirams' Villlage.. aku antara yang naik first trip ke Kundasang dari Mesilau naik Van yang tak berapa nak sihat tu..
sementara tunggu yang lain2 tu., sempat lagi kitorang gi melawat ke
KUNDASANG WAR MEMORIAL
tmpat ni tuk peringatan mereka2 yang terlibat masa zaman perang dulu
tuk melengkapkan agenda., kitorang pose la bergambar dalam war memorial tu.. ;)

then., bila suma dah sampau kat Kundasang., kitorang pun naik bas beramai2 ke
National Park [Kaki Gunung Kinabalu]
tmpat ni mmg cantik.. kitorang jalan kaki masuk kedalam sambil menukmati udara yang nyaman n segar... again., tmpat ni pun sejuk..
after a few hours.. kitorang gerak ke next destination which is the last destination..

PORING HOT SPRING
dari National Park., it takes about 1 hour..
tmpat ni sebenarnye tmpat mandi air panas.. hehe
dh smapi kat sini., ada yang mandi, and ada yang rendam kaki je..
aku pun tak mau lepaskan peluang., join the party le... mandi manda bersama.. ;)

time tu dh kul 4:30pm.. tuk faktor keselamatan, kitorang kena turun balik b4 kul 5:00
so, suma pun pakat2 tukar baju...

then., 5:30pm baru bas gerak meninggalkan Hot Spring tu utk balik ke UiTM Sabah.
masa on the way nak balik tu kabus sangat tebal.,
seram pun ada.. bukan apa., jalan pun tak nampak...
apa pun kitorang selamat turun n sampai di UiTM Sabah..
Alhamdulillah.



4 || Mei || 2010 (Khamis)

hari ni ialah hari last kitorang kat Sabah for this visit
lbh kurang kul 8:43am kitorang gerak meninggalkan UiTM Sabah ke Airport..
sedih || terharu || semua2 la perasaan ada.,
maklumla., ntah bila dapat ke Sabah lagi especially ngan teman2 mcm kali ni..

then, kitorang trus check in sbb dh lewat.. kali ni aku naik first round punya flight
10:55 am
then.. finally kitorang slmat sampai kat LCCT lbh kurang kul 1.20pm..
sementara nak tunggu second round punya flight., aku pun menikmati hidangan lunch kat McD ngan Bibah..

lbh kurank kul 4:00 baru bas sampai., and kitorang pun gerak balik ke UiTM Puncak Perdana.


habis sudah program
"Eksplorasi Ilmu & Budaya di Negeri di Bawah Bayu"

----------------------------------------------------------------------------------------------


actually banyak lagi yang aku tak cerita kat sini
biarla suma tu jadi kenangan aku n kenangan bersama kami2 yang pi Sabah tu..

to all my friends., aku minta maap bebanyak la kalau ada buat salah sepanjang kita berada di Sabah..

akhir kata

"simpan la semua memori kita di Sabah sbg kenagan terindah"

wassalam