Monday, November 1, 2010

mCm tAk cAya jEeee~~

hi my bloggers' friend..
(-_-")

hari ni 1 november 2010. so, kalau dikira lbh kurang 29 hari lagi untuk konvokesyen aku.
so, to all my friend Happy Graduation Day
[mesti aku org paling awal ucap ni. hehe]
xpe.. ada aku kesah!!!! :P


sebenarnya kan.. ada something yang terjadi hari ni yang membuatkan aku speechless seketika, bak kata Lady Gaga.. "I can't believe what you said to me last nite we were alone~~~"
[apa kaitan ngan lirik ni ntah..]

pagi tadi aku ada interview kat Fakulti Pengurusan Maklumat. fakulti tmpat aku study degree dulu kat kampus puncak perdana. banyak kenangan kat sini.. gi pagi td, sempat gak mengiambau kenangan.. haha.. ngarut aku nih!!

nak di pendekkan cerita, hari khamis minggu lepas Kak Lin (fakulti) ada kol handphone aku yang comel dengan ringtone yang baru download tu.. aku pun angkat kol.. Kak Lin cakap:
"Assalamualaikum, ridwan eh.. kak lin ni, dr fakulti pengurusan maklumat. kak lin nk bagi tau, kamu kena datang temuduga untuk pelajar cemerlang fakulti minggu depan, 1 nov 2010, jam 10:00 pagi kat bilik mesyuarat 1 fakulti ye".. dengan blurnye, aku cakap "ok!!".
pastu, dah letak fon baru aku perasan yang aku tak tanya apa pun... mengong gak aku nih.. slalu mesti aku siasat punya... errmmm...

tp kan, kes tu tak berakhir kat situ saja.. haha

esok harinya, iaitu hari jumaat, hati ku terdetik nak kol kak lin tanya temuduga tu untuk apa..
pas solat jumaat, aku pun kol la fakulti. number fon tu mmg dah ada dalam koleksi contact number hand phone aku.. tanpa segan silu, aku pun kol.. tiba2.. kedengaran suara yang mcm ku kenal.. katanya "Hello.. bilik Dekan.. ada apa2 yg saya blh bantu".. haaa,, ambik sebijik.. wrong number la.. pastu aku pun tanpa segan siku bertanya.. "kak mas, apa ext number kak lin?". hehe. sebenarnya aku kenal PA dekan tu, sbb penah keja kat fakulti tu dulu.. tu yg tak segan tu.. (-_-")

[kata nk di pendekkan cerita.. tp mcm panjang je nih.. haha.. ada aku kesah!!]

pas kak mas bg tau number kak lin, aku pun kol la skali lagi.. tup2, Kak Ram yang jawab.. katanya kak lin cuti, hari isnin baru ada... ermm... oleh kerana sikap spy ni mmg ada dlm diri aku, aku pun tanya la kak ram.. pasal interview tu.. nk tau dia jawab apa?.. huh!! ada ke patut dia kata :
"alaaa... ko tak yah risau la.. ko datang je.. pakai lawa2, wangi2 skit.. pastu kalau sempat pi mandi bunga hujung miggu ni".
hampeh je.. tp, kelakar gak.. tergelak seketika.. hahaha!!


so, masih tak dapat jawapan temuduga tu untuk apa..
pagi tadi, 1 nov 2010, aku pun mengorak langkah ke Ofis mcm biasa.. duk kejap kat ofis, dalam kul 9 am aku pun bertolak ke puncak perdana untuk temuduga tu..
~~hampir sejam ditembak oleh panel-panel yang pakar iaitu [Dr Azman, PM Fuziah, Pn Rashimahwat & En Rashid], akhirnya baru di beritahu tujuan temuduga tu,,
katanya.. "actually you are one of the candidate for Young Lecturer Scheme under UiTM, where, if you are selected, you will be send tu US for doing your master and coming back as a lecturer in our faculty".. OMG.. ya Allah, Kau je yang tau perasaan aku masa tu.. tp kan, baru candidate je, blm selected lagi.. hehe (^-^)V
ye la mana taknya, dh lama aku bercita2 nak sambung blajar kat over the sea n become a lecturer..
oleh kerana tak prepare apa2, aku pun tak leh nk mengharap sangat sbb interview tu aku main hentam je,, english confirm dah terabur.. huhu
takpe.. yang penting berdoa & tawakal kpd DIA.. amin~~


perkara ke-DUA yang jadi.. aku rasa, this is the happiest news that i got today.. :D

masa lunch, abah kol.. abah cakap:
"Assalamualaikum wan... ni ha, ada surat hang sampai, dia tulis.. hang dapat graduan terbaik program, dapat sijil dgn duit RM+++ [rahsia.. haha].. ada borang nak kena isi ni. tp, tarikh akhir dia dah lepas"... tu la kata2 abah aku...
time tu.. heppi bangat!!.. Alhamdulillah.. rezeki aku.. (-_-")

so, kat kesempatan ni, aku nak cakap.. aku bersyukur sangat.. Alhamdulillah.. terima kasih banyak2 kat Mak, Abah & family members yang tak penah jemu bagi sokongan moral & ongkos [ni penting nih] hehe. buat semua pensyarah2 yang penah mengajar aku, kalau takde pensyarah2 nih, sapa la aku kan.. and last but not least... my beloved friends...
you all superb!!.. i'm proud to be your friend.. (-_^)

[tak sabar nk tunggu konvokesyen day.. hehe]

rasanya sampai kat sini dulu.. jumpa lagi di post2 yang akan datang..
tungggggguuuu..............

hehe... adios!!!!


2 comments:

Shukoq said...

apa yg best konvo?jgn ckp nk pakai gugel dlm dewan..

miss wany said...

wow..taniah beb..nati dah p us jgn lupa kami woi..haha.btw bila nak belanja ni..gji ribu2..hehe

Post a Comment

komen mengomen disini