Sunday, January 2, 2011

"aku mencari AKU"


[aku mencari AKU]

dalam tak sedar
seminggu sudah kita berada dalam tahun 2011.
dalam tak sedar juga
bertambah lagi "1" angka dalam usia kita.

masa tetap tak jemu berdetik dan meninggalkan kita.
kadang kala cepat rasanya masa berlalu.
dan ada kalanya terlalu lambat rasanya is berputar.
setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
jangan lah sesekali kita menyesali akan sesuatu yang telah berlaku.

kini... aku mencari AKU.
pernah satu ketika. aku sendiri tidak mengenali siapa aku.
semakin aku mencari jawapan.
semakin banyak persoalan yang timbul.
inikah yang dinamakan lumrah kehidupan?

aku yakin hanya aku yang mampu mencari siapa aku.
hanya aku yang mampu mengubah diri aku.
untuk menjadi seperti yang aku inginkan.
cuma aku manusia biasa.
yang kadang kala terlupa dimana aku berdiri.
akan tetapi aku tetap bersyukur.
kerana masih mempunyai orang sekeliling yang sentiasa mengingatkan aku.

mampukah aku harungi setiap ujian DIA?.
ujian yang membolehkan aku temui siapa aku.
aku yakin dan percaya.
DIA tidak akan menguji aku melebihi dari kemampuan aku sendiri.
walau kadang kala aku merasakan terlalu pahit untuk ditelan.
dan terlalu manis untuk dibuang.
namun aku tetap akan mencari aku.
pencarian yang tidak akan pernah terhenti.

aku masih mencari AKU.
dengan doa dan harapan.
satu hari pasti akan aku temui dan mengenali AKU.

^_^"

4 comments:

ain sudin said...

semoga Allah sentiasa memberi awk kekuatan utk melalui hari2 yg bakal mendatang...dan semoga menemui dirimu yg sebenar...insya-Allah...=)

aKu iNgin bEbas said...

thanks... ^_^"

yiazmat_horror said...

aku adalah aku..dan tiada apa yang mengubah diri kita sendiri melainkan diri kita,
insyaallah segalanya telah di tentukan berusahalah sebaiknya sahabat dan kita akan menemuinya kelak,
hanya DIA yang menetukan where is the end of our life..:)

aKu iNgin bEbas said...

masih berusaha mencari..
thanks amad. :)

Post a Comment

komen mengomen disini