Friday, January 28, 2011
Wednesday, January 12, 2011
aku diuji lagi.....
Assalamualaikum...
sekadar meluah perasaan...
takde kaitan antara yang masih hidup atau yg sudah tiada.. :)

[kalau ini benar, mungkin aku orang pertama]
Sejak kebelakangan ni, DIA banyak menguji aku... Alhamdulillah..
aku yakin, pasti akan ada hikmah disebalik ujian2 yang diberi.
hari ni aku diuji lagi.
bukan niat untuk menafi Ketentuan DIA.
cuma sekadar luahan hati.
kadang2 terlalu berat untuk aku tanggung.
sampai satu tahap aku pikir "i'm just tired of being me".
Ya Allah. ampunkan aku. T_T

"Ya Allah! Ampuni aku. Aku ketuk pintu Rahmat-Mu dengan tangan harapanku, aku berlari menuju-Mu untuk meminta lindungan dari hawa nafsuku yang merajalela. Aku ikat jari-jari cintaku dengan ujung-ujung tali-Mu. Ya Rabb, ampunilah ketergelinciran dan kesalahan yang telah kuperbuat, selamatkanlah aku agar tidak terjerumus ke dalam kehancuran. Amin."
Renungan Bersama:
"Teruslah bergerak
Hingga KELELAHAN itu LELAH mengikutimu.
Teruslah berlari
Hingga KEBOSANAN itu BOSAN mengejarmu.
Teruslah berjalan
Hingga KELETIHAN itu LETIH bersamamu.
Teruslah bertahan
Hingga KEFUTURAN itu FUTUR menyertaimu
Teruslah berjaga
Hingga KELESUAN itu LESU menemanimu.
Semoga Allah meredhai perjuangan ini, dan memberikan yang terbaik."
(Ust. Rahmat Abdullah)
^_^"
Sunday, January 2, 2011
"aku mencari AKU"
dalam tak sedar
seminggu sudah kita berada dalam tahun 2011.
dalam tak sedar juga
bertambah lagi "1" angka dalam usia kita.
masa tetap tak jemu berdetik dan meninggalkan kita.
kadang kala cepat rasanya masa berlalu.
dan ada kalanya terlalu lambat rasanya is berputar.
setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
jangan lah sesekali kita menyesali akan sesuatu yang telah berlaku.
kini... aku mencari AKU.
pernah satu ketika. aku sendiri tidak mengenali siapa aku.
semakin aku mencari jawapan.
semakin banyak persoalan yang timbul.
inikah yang dinamakan lumrah kehidupan?
aku yakin hanya aku yang mampu mencari siapa aku.
hanya aku yang mampu mengubah diri aku.
untuk menjadi seperti yang aku inginkan.
cuma aku manusia biasa.
yang kadang kala terlupa dimana aku berdiri.
akan tetapi aku tetap bersyukur.
kerana masih mempunyai orang sekeliling yang sentiasa mengingatkan aku.
mampukah aku harungi setiap ujian DIA?.
ujian yang membolehkan aku temui siapa aku.
aku yakin dan percaya.
DIA tidak akan menguji aku melebihi dari kemampuan aku sendiri.
walau kadang kala aku merasakan terlalu pahit untuk ditelan.
dan terlalu manis untuk dibuang.
namun aku tetap akan mencari aku.
pencarian yang tidak akan pernah terhenti.
aku masih mencari AKU.
dengan doa dan harapan.
satu hari pasti akan aku temui dan mengenali AKU.
^_^"
Wednesday, December 29, 2010
sUdah jAtuh dI tImpa eScalator!!!
Assalamualaikum W.B.T
salam 1Malaysia buat semua teman bloggers.
ap khabar?!
sihat?! kalau sihat teruskan sihat k. Insyaallah.
tak sihat?! kalau tak sihat sendiri mau ingat la. gi la cari ubat.
takkan ubat nk jalan sendiri kot... hehe. :'p
kisah kali ni tragis skit.
mana taknya bertimpa2 masa'elah yg aku dapat hari ni. T_T
k la. takkan nk intro panjang2 kan.
so, jom storiiii....
[29 Dec 2010 | Rabu]
pagi ni aku gi keje mcm biasa je.
yg membezakan aku ialah. 'menyemart' lbh sbb aku ada interview kat Panasonic kul 1pm.
nk di pendekkan citer.
hari ni ada task baru big boss bagi,
so, takyah la nk berlakon bz sbb mmg bz pun. huhu
dalam kesibukan keje tu,
dan gak aku teropong website panasonic,
baca skit2. ye la takkan nk pi berperang tak bawak senjata kan.
dah sampai masa. aku pun mengorak langkah ke tmpat interview.
haaaa.. skg baru btl2 kisah jatuh kena timpa ngan escalator.
T_T
mula2 skali aku bajet tak lama la kan interview ni,
so aku tak bg tau bos apa2.
masa sampai kat Panasonic tu.
dgn confident aku bg tau guard tu
"saya datang untuk temuduga, nk kena jmpa siapa ye?!!"
[masa dapat kol tu, minah tu pesan bg tau guard je.. so aku tanya je la kan]
pastu guard yg aku confius kewarganegaraan beliau berkata
"temuduga??!! sini tadak.." (dgn mula blur2..)
haissh.. fenin aku..
aku kol minah yg kol aku smlm.
last2 baru tau.. aku dah salah tempat daaaa... T_T
yg aku gi tu sec 15, situ service center.
tmpat interview aku kat sec 16, bahagian manufacturing punya.
mana la aku nk tau yg panasonic tu banyak tmpat...
dah sampai kat tmpat interview yg btl tu.
daftar kat guard house.
then tunggu jap, pak guard yg menyemart tu pun hntar kitorang ke meeting room.
ada 5 org je candidate utk position yg aku apply tu.
masing2 muka innocent je.
mcm besa la.. aku ttp buat muka confiden even dalam hati bergelora kan. haha
tunggu jap.
pastu ada awek dtg bg borang. mls betul bab2 mengisi borang nih. huhu
pastu dia cakap ada test.
aduyai!!. test apkah?!... tak prepare ap pun..
yg lawaknya.. test mengira matametik bdk sekolah rendah.
kena tambah number2 yg ada..
tapi, diorang bukan nk tgk ap pun, just kepantasan mengira je.
setel test...
kena tunggu lagi utk sesi temuduga ngan panel lak..
masa dok tunggu tu, tiba2 lak pundi kencing bt hal,
aku pun gi la toilet...
ni kesah yg paling tak leh blahhhhh!!!
masa kat toilet... dgn yakin aku bukak la pili air tu.
cari kepala pilinya takde.. bukak le bg hbs...tiba2 muncul pili di mangkuk itu dan tersembur kena baju aku..
haissshhh... basah kot!!! hbs tisu kat toilet tu aku guna nk lap baju.
tu la.. canggih sgt toilet.. T_T
masa'elah tul....
oleh kerana mcm dh lewat je
aku pun sms bos aku. aku cakap balik lewat hari ni. dia reply "ok".
so, sejuk skit hati aku.
punya lama tunggu. tiba2 diorang cakap interview pospon 30 minit.
macam ~!@#$%^&*()_+_)(*&^%....... rasa nk maki je.
perut aku nyanyi lagu retro kot.
tak sempat nk lunch. pastu leh lak tangguh. T_T
...... temuduga sambung.
time ni baru calon ke-4.
aku calon ke -5.. makin berdebar lak rasa...
muka maintain confident, haha
then.. sampai la turn aku..
!_!_!_!_!_!_!_!_!.... 45 minit kemudian
ntah ap aku mencarut. banyak gak dia tanya.
aku belasah je. btl ke tak belakang kira kan. hehe
statemen 'bunuh diri' aku kuarkan b4 blah dr bilik temuduga tu..
"if u offer me less than what i get now, i need to re-thinking coz i already have commitment, if u offer the same then i can consider BUT if u provide MORE, i have no reason to decline"....
pergghh!!! terbaik ar.. berani lak aku demand kan. haha :P
setel interview.
tiba2 aku dapat msg kat ofis kecoh bos dok cari aku.
aku rasa dh bg tau.. haisshh
pastu bos lak sms. ni ayat dia
"U xbalik ofis dah ke?. U ok ke x?"
cuak gak aku rasa.. nasib la time tu aku dh nk sampai ofis..
so. bt slamber sudah..
masuk ofis. ngadap bos.
bos, i'm sory for the late. !@!@!@!@!@!@!... T_T
[terpaksa bohong sunat. kalau bg tau aku gi interview. confirm kena marah.. huhu]
bertimpa2 lak masa'elah aku kan... huhu
keje lum setel. bajet nak balik lewat.
tp, oleh kerana kelaparan + kebuluran. tak mampu gak aku bertahan.
kul 7.++pm aku blah.
singgah Jayathi tapau makanan..
dengan kaki terketar2 balik umah.
DEM!!!! sampi umah lift lak bt hal..
terpaksa la mendaki. nasib la rmh aku tingkat 3 je. huhu
sampai je rmh. baling brg ap patut. pastu trus makan..
terkentut2 aku sbb perut dah masuk angik. haha oopppsss!!!...
=)
setel makan. mandi. pastu layan bola.
yg pasti skg Malaysia MENANG. yeay!!!
tahniah Malaysia..
k la. sampai sini dulu.
ap ntah aku ngarut.
panjang lak tu...
adios amigos!!!
^_^"
Saturday, December 25, 2010
sEharum pOtpouri
Salam buat semua teman bloggers
harap anda baik2 aje.
thanks sudi singgah kat blog aku nih
^_^"
'seharum potpouri'
apa yang terlintas di fikiran anda bila sebut tentang potpouri?
mesti pewangi kan!!
bagi aku cuma satu iaitu 'Lavendar'
tu la haruman febret aku.
tenang je rasa bila hidu bauan lavendar ni.
sebenarnya bukan lah bauan lavendar ni yang nak di coretkan kat sini.
ada kisah lain yang nk di luahkan =)
'seharum potpouri'
terlalu pahit untuk ditelan dan terlalu manis untuk dibuang
itu lah yang boleh diibaratkan ttg apa yang aku rasa skg.
tiada perkataan yang mampu menggambarkan
cuma aku sendiri yang rasa.
tapi aku mesti kuat
life must go on kan..
DIA sentiasa ada bersama aku.
i believe that.
'seharum potpouri'
bila dikaitkan apa yang aku lalui ni dgn serahum potpouri
pasti ada yang tertanya2 kenapa kan. ^_^"
i wish i could be like potpouri
nak tahu kenapa?
sebabnya...
haruman potpouri boleh membuatkan seseorang rasa tenang
ada yg mengatakan wangian potpouri ni terapi yang baik utk tenangkan fikiran
biarlah aku kaku ibarat potpouri
namun wangian tu amat berguna untuk orang lain.
yang penting org sekeliling akan rasa tenang.
'seharum potpouri'
haruman yang pasti menyenangkan.
adalah satu kepuasan bila tgk org sekeliling kita happy.
itu yang aku rasa.
jadi aku memilih untuk jadi potpuri.
tak salah kan??!
^_^"
kisah 'seharum potpouri' berakhir di sini.
hanya kisah dongeng semata2
don't take into your deep heart k
hehe
adios!!
Wednesday, December 15, 2010
kUlit kAyu mAnis & dIa
Salam semua bloggers.
Alhamdulillah aku masih di beri kesempatan utk update blog aku nih.
thanks kepada yang sudi baca.
tapi kan.
kali ni lain dari yang lain.
haha..
mau tau??
nak tahu??
teruskan membaca....
apa???
malas???
dasar pemalas..
baca je lah...
haha
:'p
sebenarnya kan.
aku dalam process menulis
kisah "kulit kayu manis & dia"
sebuah kisah dongeng je..
saja suka2..
[Work In Progress]
tak siap pun lagi..
work in progress la katakan.
plan nak publish januari 2011 nanti.
aku ngah tulis 15 episod kisah tu.
so. aku akan publish seminggu skali.
tu plan-nye lah kan.. ntah2 sekali gus je aku post..
tgk keadaan dan kerajinan aku.. *_*v
takat ni baru siap sikit.
tak sampai separuh pun lagi.
harap2 jd kenyataan la aku nk bt kisah bersiri kat blog aku nih
kalau tak. post ni je lah yang akan wujud pasal
kisah "kUlit kAyu mAnis & dIa"
hehe.
nantikan kemunculannya.
hehe
^_^"
adios!!
Tuesday, December 14, 2010
aNdai dApat kU pUtarkan wAktu
waktu | masa | jam | saat | pukul | time |o'clocksetiap saat yang berlalu tiada siapa yang mampu menghentikan atau pun mempercepatkannya.
sebutan berbeza, masa dan tempat digunakan juga berbeza.
akan tetapi. ia tetap merujuk kepada perkara yang sama.
sedar mengenai hakikat sebenar yang tidak dapat dinafikan iaitu.
semua adalah kuasa DIA yang Maha Esa.
bukan niat untuk menafikan kekuasaan DIA.
cuma aku manusia biasa yang juga punya impian dan harapan.
tak salah kiranya aku ingin bermimpi buat seketika untuk berada di saat dan waktu yang aku sendiri tetapkan.
aku yakin. anda juga pernah memikirkan benda yang sama.
saat dan tika ini
andai dapat ku putarkan waktu.
akan ku putar tanpa henti.
sehinggalah aku melihat saat-saat kau tersenyum riang.
saat itu. aku yakin yang kau sedang bahagia.
akan ku hentikan waktu itu.
walau seketika.
supaya aku dapat terus melihat kau bahagia.
walau hanya mampu melihat.
aku juga turut bahagia.
namun apakan daya.
bak kata2 yang menjadi pegangan.
kita manusia biasa hanya mampu merancang, DIA yang menentukan segala2nya.
jangan sesekali kita salah ertikan kata-kata itu.
usaha, doa dan tawakal harus lah seiring dengan apa yg kita lakukan.
putarlah waktu sepertimana yang anda inginkan.
tak salah bermimpi.
juga, tak salah untuk meletakkan sesuatu harapan.
tapi jangan sesekali lupa yang DIA sentiasa ada di samping kita.
DIA tak pernah jemu mendengar permintaan kita.
mintalah selagi mampu.
siapa tahu. apa yang di impikan menjadi nyata.
berterima kasihlah pada DIA yang satu.
kerna masih diberi kesempatan masa dan waktu.
untuk menikmati keindahan hidup ini.
jangan di kejar apa yang di sayangi.
tapi, sayangilah apa yang kita ada.
itu akan lebih bererti.
sayang tak bererti memiliki.
sekian. ^_^"
p/s: kisah dongeng semata2. takde kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
adios!!
Subscribe to:
Posts (Atom)













