Salam to All my bloggers fren.
berjumpa lagi kita dalam rancangan "aku ingin bebas"..
dh macam pengacara tv daaa...
adoyai!!.. dah2.. stop mengarut-ing.. jom story.....
..::sAbtu [13 Nov 2010]::..
hari ni aku join the komrads club gi main api.. bbq la tu.
manusia2 yg terlibat ialah:
niza, yus, cik yaya a.k. a klon rozita che' wan, kak ina, sama and ros.. yg bestnya mak angkat aku yang sporting lagi best, cun meletop g empak gilewwww!!! pun ada skali.. [dh mcm iklan celcom daaa].
kali ni bt bbq kat bukit cerakah,
walaupun tmpat ni dekat je.. tp ni la first time aku menjejakkan kaki ke situ.
bak kata mak aku "ken tut pun dengar aihhhh".
[ngah asyik membakar sempat lagi yus pose.. :)]
[ni ros ngan niza maskot tuk gathering kali ni.. hehe]
[flying to the moon pas kenyang melantak]
[ni sama n ros yg takdop koje main ngan kucin]
[ni la aku..model of the day.. haha perasan!!!]
best gile time nih.. biasa la dh lama tak bt aktiviti sosial mcm ni kan.mlm tu kami meronggeng ke uptown danau kota
aku la yg jadi bodyguard n pemandu awek2 di atas tu..
yg penting aku dapat lupakan seketika masalah negara walaupun aku ttp memikirkan seseorang tu.. muahhhahaha
k la my fren.
stop kat sini dulu.
adios!!
Sunday, November 14, 2010
sAbtu yG hAppening!!
Sunday, November 7, 2010
mOcha dI hUjung mInggu & kIsah mAmat pElik!!!
Salam sejahtera diucapkan kepada rakan2 bloger ku tak kira la sama ada yang masih bujang atau dh meroyan nak kawen atau yg dh terlanjur kawen.. haha!!.. intro yg ngarut.
mOcha tIme.. good topic actually.. tp, tak mau citer pasal mocha lagi.. aku nak start dengan kesah kempunanku nak dapatkan mocha.. ceritanya bermula di sinun:..
semalam [6 nov 2010 - sabtu], bangun je pagi tiba2 aku dalam kepala aku ni pikir nak minum mocha... rasa mcm ngidam lak... so, aku pun mulakan pasang plan konon2 plan nak gi oldtown la ptg tu minum mocha. kalau ikutkan plan nak gi PAS ptg tu nak survey harga netbook sbb my sis nak beli.
selepas sucikan diri, aku gi swimming dlu ngan abil housemate aku.. dlm kolam pun aku leh tringat mocha.. haha.. ap lah.. pas swim, layan fb lu.. smbil tgk tv..
masa syok dengar berita terkini kat tivi tiba2 ada sorang pakcik tua rambut putih. pas tengok org tu trus kepala aku terlintas.. "mcm ne la keadaan pakdin skg..mmmm". [kalau nak tau, pakdin tu dh mcm my dady, dia pegawai kesatria kat UiTM kedah.. aku jadi rapat ngan dia masa aku jadi Komander dulu.. idup komrad!!!]. yang aku ingat, aku sms dia sehari sblm tu, dia reply.. tp, kak ina bg tau dia kol pakdin tak angkat... ermm.. skali lagi otak aku terpikir.. takkan masuk sepital lagi.. (T_T).. sebenarnya pakdin tak sihat, dh beberapa kali wat operation + radioterapi treatment. tu yg kepala aku pikir bukan2 tu... so, aku trus ambik hp baru ku and kol kak ina, dia la agent rahsia yang merisik keadaan pak din. trttuttt trtttuuttuttt... ~!@#$%^&*()_+... tu kira perbualan secara sulit antara agent ngan aku.. haha... kebetulan kak ina baru pas habis exam dia pagi tu, aku pun roger ar ajak gi PAS skali.. pastu dia kata ok.. nak memriahkan keadaan.. aku kol Niza.. dia nih rakan seperjuangan ku masa jd komander kat kedah and my junior at my faculty.. masa kol, dia bg tau dia ada program lak kat bukit cerakah.. tak dapat la nak berjimba ramai2.. pastu aku tanya pasal yus [juga rakan seperjuanganku], dia pun join niza.. so, tak pe la, aku kuar ngan kak ina je la..
ptg tu aku gi PAS survey netbook. setel je survey aku roger my sis bt laporan pasaran saham terkini.. pas setel roger.. >>>>>>>>>.. ahaha.. teka aku gi mana (-_-`)v..
gi karok!!.. kak ina pun nk ilangkan stress exam dia.. [padahal dia ada exam lagi keesokan harinya.. tak sedor diri tul. haha ooppsss!!]. pas karok 14 lagu, setel.. (aku tak reti nyanyi pun.. 14 lagu tu kak ina yg melalak.. haha)..
setel je.. aku pun merayap ke SACC.. ingatkan ada oldtown kat situ.. rupanya takde.. slama ni mmg aku tak penah perasan oldtown ada ke tak kat situ.. hehe. last2 tak dapat la nak minum mocha.. gi makan kat Nandos je.
masa dah setel makan, tringat nak kol pakdin.. so, aku pun ambik la fon and kol.. kali ni pakdin angkat... dapat la cakap ngan dia.. lega skit dalam hati sbb tau keadan dia ok.. (-_-)v. sapa2 yang baca story ni, sama2 la kita doakan pakdin ye.. semoga dia cepat sembuh... amin~~
balik je mlm tu, nak je aku jmpa batu belah batu bertangkup.. nak cakap:
"wahai batu belah batu bertanggup, kau telan lah aku.. aku kempunan nak minum mocha".. hahaha... klasikal drama yang di inovasikan (-_-")
so, hari ni [7 nov 2010 - ahad].. aku mengorak langkah ke sec 7, having my lunch kat old town.. akhirnya dapat gak minum mocha.. masa kat oldtown aku order la hor fun. (small kuewtw).. rasa tak sedap langsung, tak sesuai ngan selera aku.. nak buat mcm ne dh order pun.. so makan je la.. Alhamdulillah DIA masih bg rezeki kat aku. (^_^).
masa gi oldtown aku bawak netbook ku yang comel nih.. so, apa lagi, smbil makan, online ler.. tu yang jd tambah order tu.. hehe, aku order drink.. old town white coffee - hazelnut.. menarik gak air tu.. rasa mcm dh addicted to kafin dah.. skali skala apa salahnya kan..
kisah mamat pelik>>>>
yang aku tak leh blah.. masa syok aku dok online sambil menikmati minuman kafin tu.. ada sorang mamat nih.. tak tau la dia normal ke tak., tp agak pelik ar. hand phone dia kaler HIJAU. dalam hati aku biar betul mamat nih.. haha.. takpe2 smbung story... dia ngah cakap fon. leh lak, dia gi kat depan meja aku, ada kawasan terbuka depan parking area.. dia ulang alik kiri ke kanan smbil tangan dia ala2 tgh bt senaman. kira macam kanak2 hyper active.. masa mula2 dia ulang alik tu aku bt deeeekkkk je, pas dh parah sangat.. aku pun start counting.. +- aku rasa hampir 10 kali dia ulang alik. dr kiri ke kanan. ntah apa la yang dia sembang kan kat fon tu kan.. lama lak tu.. aku dapat rasakan, mesti dia cakap ngan DUKUN. pastu dukun tu ajar dia cara nak bagi dapat kalau stadi.. maklum la skg kan musim exam.. hhaaha.. ngarut je.
[kepada mamat kat oldtown td, maaf ye.. saja nk share kisah ni.. (O_o)v]
pas lunch aku pun kembali ke pangkal jalan iaitu di brunsfield, mahligai ku.. and continue online.. haha
semenjak aku ada netbook nih, makin kurang lak masa tido aku.. dh la malam transform jd OWL. siang lak tak tido.. hehe...
biasa la.. bagus gak online, dapat la mengurangkan rasa kebosanan aku time2 cuti nih..
k la my fren.. smpai sini dulu kisah mOcha ku.. see u next post..
adios!!
(-_-`)v... peace!!!
Friday, November 5, 2010
5 nOv bErakhir dI i.T. Rocks!!
Assalamualaikum sume.. (-_-`)
nak dipendekkan cerite ke nak dipanjangkan citer?. haha
ntoh le.. aku kalau dah start story tu, yang pendek pun leh jadi panjang.. :)
hari ni tanggal 05 Nov 2010 bersamaan hari jumaat dan hari Deepavali. ada beberapa perkara yang jadi.. ada yang menyebabkan hati ku lara, happy dan takdak hati.. haha
apa yang aku ngarut ni.. ish3..
ok2.. start story.. ;)
pagi ni tepat jam @#$~ [tak leh cakap.. bahaya.. :P]
aku bangun, menyucikan apa yang patut di cuci.. pastu stand by nak hantar en Habil iaitu housemate ku ke komuter stesen "Stone Three" kerana beliau mahu berangkat ke kampung halaman beliau. beliau dijangka akan bertolak dari "Jalil Hill"ke Mersing tepat jam 11.00 am. sebelum mengangkang kan kaki untuk naik atas moto en Habil aku sempat lagi kol sorang mamat nih.. nama dia mie.. antara perbualan ku...
"aku : salam. ni mie eh... tiub pancit ar.. leh mai tukarkan tak?"
"mie : w'salam. erm.. blh.. nak pakai bila tu?" [nak je jawab thn depan baru nak pakai]
"aku : skng la.. pagi ni gak.. nak kuar nih"
"mie : ok dalam sejam lagi sya sampai"
"aku : eh jap. brapa RM kena?"
"mie : dua puluh"
"aku : ok deal"
huaaahuaaa (T_T) sebenarnya tayar motor aku pancit... tu pun baru sedar pagi2 buta di kala ayam baru berkokok.. [mcm ada ayam kat brunsfield ni kan]. tu yang gi hantar en Habil naik moto dia.. so, aku terpikir gak, mcm tu dinamakan ap eh.. "menghantar tuan moto dgn menggunakan moto beliau" haha :P
dah sampai kat Stone 3 station, aku pun meninggalkan en Habil dengan wajahnya yang girang mahu pulang ke kampunag. lepas tu aku pun mengorak langkah.. eh silap, mengorak tayar motor untuk pulang ke kediaman rasmi ku di brunsfield. tiggal lah aku yang sebatang kara kesepian dan keseorangan sbb housemate aku yang lain juga pulang ke pangkuan keluarga masing2 untuk beraya.. iaitu Shuko dan Syaqir.
bila dah sampai kat rumah ada 3 perkara yang bermain di kotak fikiran aku yang botak nih iaitu:
1. mau sambung tido
2. mau swimming
3. mau online
setelah di fikir masak2, aku memilih untuk buat perkara ke tiga terlebih dahulu.. [mcm susah je nk bt pilihan kan.. haha]
sebenarnyakan.. patutnya aku ke ~!@#$%^ pagi ni untuk ketemu seseorang. tp, apa kan daya org itu ada hal lain yang harus beliau sempurnakan.. sedey je.. (T_T). tak pe lah, dok umah je..
kepala ku pikir mau pi swimming. tp, oleh kerana mamat penukar tiub motor aku tak sampai2 lagi mcm ne nak pi kan.. ermmm.. terpaksa la tangguhkan niat aku. tak lama pas tu aku dapat sms. "10 minit lagi sya sampai".. ok fine, masa kol kata sejam. pastu sms kata lagi 10 minit. padahal dh lewat 15 minit.. kalau aku pi swimming pun sempat.
lepas tayar motor dah setel tukar, aku pun dengan gagah naik ke rumah ngan tangga.. kononnya exercise.. haha :P.. tiba2 aku dapas sms dr en Habil. "weh wan, ko lambat lagi kan, nanti ambik aku kat batu 3, aku terlepas bas (T_T)".. sian je masa aku baca sms tu.. tp, yg bestnya, aku tak keseorangan lagi hari ni.. hahaha.. suka2.. :). kalau nak tau kesah terlepas bas oleh en habil blh la melawat ke laman blog beliau.. :D iaitu [Infiniti]
sambil tunggu en habil sampai, aku sambung oniline + tgk TV + makan roti.. hehe [konon la kan tak makan nasi.. tu yg layan roti je]
setel sesi pagi.. sesi petang bermula...
ayat habil : "wan, kul 2.30 swimming eh".. aku pun cakap. "ok set".
tiba2 kan.. aku baring n terlena smpai ke petang.. haha. swimming dalam mimpi je la.. ngan en habil skali hanyut.. :P
sesi malam lak..
first aku plan nak ke PAS [Plaza Alam Sentral.. bukan Parti Islam Se-Malaysia okay.. ] sbb aku dipertanggung jawabkan oleh my sis.. nak survey harga netbook sbb nanti time konvo aku dia mai dia nak ajak aku gi beli..
tgh syok online.. tiba2 en habil ajak gi i.T Rocks!!.. yeay2!!!.. rock tu.. haha.. ok gak tu.. so, layan je.. kitorang pun gerak ke stadium melawati shah alam around 9 pm lepas isya'.. (-_-`). sasaran utama aku ialah.. mengumpun sebnyak yg boleh phamplet.. dh mmg tabiat aku.. so, sambil2 jalan tu, aku survey harga netbook. oleh kerana tak la besar sgt n tak banyak pun booth yg jual netbook, so, belum tercapai sasaran utama nak survey harga netbook btl2..
so, mungkin sok lak kot aku flying ke PAS, gi survey.
[i.T. Rocks! punya poster.. sebenarnya ada muka aku tp, ia menampakkan aku sangat ~!@#$%^.. trus aku crop.. haha]
adakah esok akan jadi "another boring day" untuk aku?.. i hope not.. (-_-`)
sekian terima kasih.. tu je la nak story hari ni.. skng dah tau kan knapa title post ni "5 nOv bErakhir dI i.T. Rocks!!"..
apa pun aku pasrah.. mmg benar statement "kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan".. sbb apa yang aku plan hari ni semua tak menjadi.. yang jd benda yang tak plan lak.. hehe ;)
k la... to all bloggers, tak kira la bangsa apa kamu, aku ingin ucapkan sElamat mEnyambut hAri dEepavali..
(-_-")V peace...
adios!!!
Monday, November 1, 2010
mCm tAk cAya jEeee~~
hi my bloggers' friend..
(-_-")
hari ni 1 november 2010. so, kalau dikira lbh kurang 29 hari lagi untuk konvokesyen aku.
so, to all my friend Happy Graduation Day
[mesti aku org paling awal ucap ni. hehe]
xpe.. ada aku kesah!!!! :P
sebenarnya kan.. ada something yang terjadi hari ni yang membuatkan aku speechless seketika, bak kata Lady Gaga.. "I can't believe what you said to me last nite we were alone~~~"
[apa kaitan ngan lirik ni ntah..]
pagi tadi aku ada interview kat Fakulti Pengurusan Maklumat. fakulti tmpat aku study degree dulu kat kampus puncak perdana. banyak kenangan kat sini.. gi pagi td, sempat gak mengiambau kenangan.. haha.. ngarut aku nih!!
nak di pendekkan cerita, hari khamis minggu lepas Kak Lin (fakulti) ada kol handphone aku yang comel dengan ringtone yang baru download tu.. aku pun angkat kol.. Kak Lin cakap:
"Assalamualaikum, ridwan eh.. kak lin ni, dr fakulti pengurusan maklumat. kak lin nk bagi tau, kamu kena datang temuduga untuk pelajar cemerlang fakulti minggu depan, 1 nov 2010, jam 10:00 pagi kat bilik mesyuarat 1 fakulti ye".. dengan blurnye, aku cakap "ok!!".
pastu, dah letak fon baru aku perasan yang aku tak tanya apa pun... mengong gak aku nih.. slalu mesti aku siasat punya... errmmm...
tp kan, kes tu tak berakhir kat situ saja.. haha
esok harinya, iaitu hari jumaat, hati ku terdetik nak kol kak lin tanya temuduga tu untuk apa..
pas solat jumaat, aku pun kol la fakulti. number fon tu mmg dah ada dalam koleksi contact number hand phone aku.. tanpa segan silu, aku pun kol.. tiba2.. kedengaran suara yang mcm ku kenal.. katanya "Hello.. bilik Dekan.. ada apa2 yg saya blh bantu".. haaa,, ambik sebijik.. wrong number la.. pastu aku pun tanpa segan siku bertanya.. "kak mas, apa ext number kak lin?". hehe. sebenarnya aku kenal PA dekan tu, sbb penah keja kat fakulti tu dulu.. tu yg tak segan tu.. (-_-")
[kata nk di pendekkan cerita.. tp mcm panjang je nih.. haha.. ada aku kesah!!]
pas kak mas bg tau number kak lin, aku pun kol la skali lagi.. tup2, Kak Ram yang jawab.. katanya kak lin cuti, hari isnin baru ada... ermm... oleh kerana sikap spy ni mmg ada dlm diri aku, aku pun tanya la kak ram.. pasal interview tu.. nk tau dia jawab apa?.. huh!! ada ke patut dia kata :
"alaaa... ko tak yah risau la.. ko datang je.. pakai lawa2, wangi2 skit.. pastu kalau sempat pi mandi bunga hujung miggu ni".
hampeh je.. tp, kelakar gak.. tergelak seketika.. hahaha!!
so, masih tak dapat jawapan temuduga tu untuk apa..
pagi tadi, 1 nov 2010, aku pun mengorak langkah ke Ofis mcm biasa.. duk kejap kat ofis, dalam kul 9 am aku pun bertolak ke puncak perdana untuk temuduga tu..
~~hampir sejam ditembak oleh panel-panel yang pakar iaitu [Dr Azman, PM Fuziah, Pn Rashimahwat & En Rashid], akhirnya baru di beritahu tujuan temuduga tu,,
katanya.. "actually you are one of the candidate for Young Lecturer Scheme under UiTM, where, if you are selected, you will be send tu US for doing your master and coming back as a lecturer in our faculty".. OMG.. ya Allah, Kau je yang tau perasaan aku masa tu.. tp kan, baru candidate je, blm selected lagi.. hehe (^-^)V
ye la mana taknya, dh lama aku bercita2 nak sambung blajar kat over the sea n become a lecturer..
oleh kerana tak prepare apa2, aku pun tak leh nk mengharap sangat sbb interview tu aku main hentam je,, english confirm dah terabur.. huhu
takpe.. yang penting berdoa & tawakal kpd DIA.. amin~~
perkara ke-DUA yang jadi.. aku rasa, this is the happiest news that i got today.. :D
masa lunch, abah kol.. abah cakap:
"Assalamualaikum wan... ni ha, ada surat hang sampai, dia tulis.. hang dapat graduan terbaik program, dapat sijil dgn duit RM+++ [rahsia.. haha].. ada borang nak kena isi ni. tp, tarikh akhir dia dah lepas"... tu la kata2 abah aku...
time tu.. heppi bangat!!.. Alhamdulillah.. rezeki aku.. (-_-")
so, kat kesempatan ni, aku nak cakap.. aku bersyukur sangat.. Alhamdulillah.. terima kasih banyak2 kat Mak, Abah & family members yang tak penah jemu bagi sokongan moral & ongkos [ni penting nih] hehe. buat semua pensyarah2 yang penah mengajar aku, kalau takde pensyarah2 nih, sapa la aku kan.. and last but not least... my beloved friends...
you all superb!!.. i'm proud to be your friend.. (-_^)
rasanya sampai kat sini dulu.. jumpa lagi di post2 yang akan datang..
tungggggguuuu..............
hehe... adios!!!!
Sunday, October 31, 2010
aKtiviti hArian-kU
kan dah cakap.. mesti pas ni aku akan slalu update blog aku.. haha (-_-)~sWimming~
haaaa.. sapa yang tak reti berenang?.. jangan kawan ngan aku k..
haha
sory2.. [jgn ambik hati ye]
bukan apa.. sejak akhir2 ni aku dapat rasakan aku makin meminati hobi ni
iaitu :swimming
mana tak nya, hari-hari pas keje mesti pi swimming
bagus tau!!.. senaman tu.. bagus untuk jantung. ;)
yang tak best-nya kalau banyak keja kat ofis,
terpaksalah aku batalkan niat nk pi swimming :(
haaaaa... bila dh cakap pasal swimming ni, tringat lak kejadian yang jadi kat swimming pool apartment ~!@#$%^&*().. [nama kena censor. bahaya.. sbb nk kutuk.. haha :P]
back to the topic.... >>>
kalau ikutkan, baru je lagi aku dok kat apartmen ni. so, nak dipendekkan cerita,
masa mula2 aku dan housemate ku eN hAbil dan eN sHukor nk gi swimming
boleh lak, ada guard bukak kaunter pendaftaran..
siap ambik nama + ic number + no access kad + no rumah + no fon + bla bla bla.
ada ke patut.. ingat aku nak pi minum air pool tu bagi kering ke apa.. ish3..
trus jd tak best.. tapi kan.. ada aku kesah!!!
aku mandi gak dengan suka ria nya.. hehe
tu je la kot tuk kali ni..
adios!!!
uPdating bLog wIth mY nEw Gajet!!!
salam 1 Malaysia suma..
mesti blogger2 yg ada kat sini rindukan aku kan?.. haha *perasan!!..
ye la, dh lama gila aku tak update blog aku nih,
kalau masak megi tu, dh basi pun..
takpa, kali ni kewujudan aku sbb nk perangat balik dunia blog aku nih.. haha
bkn pe, kali ni lain skit, sebab aku meng-update blog aku nih pakai Mr gajet aku yg baru. ahha
nak tau apa dia.. tgk kat bawah ni:
walaupun agak ketinggalan sbb org lain dh ada lama, aku bru ja ada..
ada aku kesah!!!..
pasni slalu2 la tengok blog aku ni ye.. sbb banyak lagi benda nk story nih.
jmpa di lain post la pulak ye..
adios!!!
mesti blogger2 yg ada kat sini rindukan aku kan?.. haha *perasan!!..
ye la, dh lama gila aku tak update blog aku nih,
kalau masak megi tu, dh basi pun..
takpa, kali ni kewujudan aku sbb nk perangat balik dunia blog aku nih.. haha
bkn pe, kali ni lain skit, sebab aku meng-update blog aku nih pakai Mr gajet aku yg baru. ahha
nak tau apa dia.. tgk kat bawah ni:
ada aku kesah!!!..
pasni slalu2 la tengok blog aku ni ye.. sbb banyak lagi benda nk story nih.
jmpa di lain post la pulak ye..
adios!!!
Monday, August 16, 2010
setelah sekian lama
huaaaa....
tiba2 je kan...
hehe.. ntah la, actually takde apa pun nk di ceritakan kt sini,
sbb dh lama tak update blog,
hari ni aku bushan kat ofis, tak de keje nak buat,
tu yang leh jd crita aku update blog nih..
hahaha... ayat aku dh tunggang langgang nih..
maap la ye.. maklumla, mata tgh ngantuk, perut tgh lapar..
k la, cau dulu,, ntak tahun bila lak la aku nak update blog kau ni.. hehe
bye..
tiba2 je kan...
hehe.. ntah la, actually takde apa pun nk di ceritakan kt sini,
sbb dh lama tak update blog,
hari ni aku bushan kat ofis, tak de keje nak buat,
tu yang leh jd crita aku update blog nih..
hahaha... ayat aku dh tunggang langgang nih..
maap la ye.. maklumla, mata tgh ngantuk, perut tgh lapar..
k la, cau dulu,, ntak tahun bila lak la aku nak update blog kau ni.. hehe
bye..
Subscribe to:
Posts (Atom)










