Tuesday, May 24, 2011

kawan


Salam buat semua.
setelah sekian lama "aKu iNgin bEbas" terbengkalai,
hari ni ia muncul dgn satu kisah baru iaitu
"kawan"

utk memiliki seorang kawan mmg mudah
tapi
menjadi seorang kawan yang betul2 di panggil 'kawan' tak lah semudah yang disangka




"In the end, we will remember not the words of our enemies, but the silence of our friends"

hari ni hati aku tersentuh dgn kawan2 aku
they are really my friend
no words can describe how lucky i am to have a friends like them
thanks my friends
that's the only words that i can used to describe my appreciation




Thursday, March 17, 2011

"...a dream..."

nothing much and nothing less to say here
just one statement
"...if this is only a dream, i chose to sleep forever..."
please don't wake me up


..............
lyrics just to share
..............

"Dream on"
by Aerosmith

Every time that I look in the mirror,
All these lines on my face getting clearer.
The past is gone.
It went by like dusk to dawn.
Isn't that the way?
Everybody's got their dues in life to pay.

Yeah, I know nobody knows,
Where it comes and where it goes.
I know everybody sins.
You got to lose to know-oh how to win.

Half my life's in books' written pages,
Live and learn from fools and from sages.
You know it's true.
All the things come back to you.

Sing with me, sing for the year.
Sing for the laughter, an' sing for the tear.
Sing it with me, if it's just for today.
Maybe tomorrow, the good Lord will take you away-ay-ay-ah.

[Instrumental break.]

Yeah, sing with me, sing for the year.
Sing for the laughter, an' sing for the tear.
Sing it with me, if it's just for today.
Maybe tomorrow, the good Lord will take you away-ay-ay.

Dream on, dream on, dream on,
Dream until your dream come true.

Dream on, dream on, dream on,
Dream until your dream come true.

Dream on, dream on, dream on, dream on.
[Screaming:] Dream on, dream on, dream on, Ahhhhhhhhhhhhh.

[Singing:]
Sing with me, sing for the year.
Sing for the laughter, an' sing for the tear.
Sing it with me, if it's just for today.
Maybe tomorrow, the good Lord will take you away.

Sing with me, sing for the year.
Sing for the laughter, an' sing for the tear.
Sing it with me, if it's just for today.
Maybe tomorrow, the good Lord will take you away



...end...

Saturday, February 12, 2011

PLUS dihatiku....

Salam buat semua teman bloggers.
thanks sbb sudi buang masa baca blog aku nih. :P

kali ni takde ap yg menarik.
saja nk share kisah menyayat hati yg melanda diri aku nih.

kalau nk dikira kat kalender,
hari ni genap seminggu peristiwa tu berlaku.
"PLUS dihatiku"
deng!!!.. ap yg korang pikir hah?!!!...

ok2.. stop playing. jom story............

episod 1

kisah bermula masa nak balik kg sempena cuti CNY mggu lepas.
hari rabu [2Feb2011].
time nih dok kat ofis dh panas satu badan.
otak dah pikir nak balik kg.
shuko dh minta permission bos beliau nk balik awal. and dah dapat green light.
[shuko ialah teman se-kantor merangkap teman serumah dan teman se-rempit pulang ke kg ku]
berbekalkan semangat yang kental aku pun minta la permission nk balik awal skit kat bos aku.

aku: bos, nk minta kebenaran balik awal skit hari ni boleh?
bos: pukul brapa?
aku: 4.30pm.
bos: ok.

pergh!!! terbakar segala semangat aku nk balik.


---------tettt!!!
sudah2.. bukan kisah ni yg aku nk story. sbb ada kisah yg lebih menyayat hati.. T_T


jam tepat 4.30pm aku ngan Mr Shuko pun blah dr ofis.
sedang sedap aku merempit di jalanan atau nama saintifik jalan tu PLUS.
~!@#$%^... kedengaran bunyi pelik di tayar moto belakang aku.
dan tiba2 aku hilang kawalan. oh TIDAK!!
rupa2nya tayar motor aku pancit.
macam2 dah aku pikir.
pakai tubeless pun leh meletop mcm tu.
ujian apakah ini... T_T

pastu ap lagi. menapak la sambil meng-heret moto ku itu.
berpeluh2 gak ar.
aku rasa ada la dalam 700gram kalori aku terbakar. ngeh3...
belum sempat kalori ke 701gram terbakar,
ada sorang hamba Allah yang sungguh mulia hati beliau berenti.
mamat nih naik 4wheel D punya kete.
pastu beliau tlg bawak aku naik keta beliau kuar kat exit Bukit Beruntung.
time nih. aku hanya mampu tersenyum.
shuko pun follow la kat belakang.
*sempat gak dia snap gambar aku yg kesian atas 4wheel D tuh. huhu
kalau la manusia yg baik hati tu baca citer nih,
aku nk ucap TERIMA KASIH yg tak terhingga.
hanya Dia yang mampu balas jasa baik mu itu. :)

----setel.

dengan yakin aku dan shuko meneruskan perjalanan.
singgah jap kat shell Tanjung Malim.
perkara yang tak diduga terjadi.
tayar yang pancit kat Bukit Beruntung td pancit skali lagi.
T_T.. ujian lagi..

shuko cakap bawak je moto tu pelan2.
then, exit kat depan skit cari bengkel.
time tu dh dekat kul 7pm. aku pikir mesti susah nak cari bengkel yang bukak.
so, aku malas nk serabut kepala,
aku kol sorang mamat yg keja dia tukar tiub.
masa dok kol tu, dia bg tau kos utk dia gi tukar tayar tu total RM80.
???????-- terkedu seketika. kalau kat shah alam pun rm20 je kot.
ermmm...
takde pilihan. aku kol balik mamat tu, then. suh gak dia dtg.

--hampir sejam gak tunggu baru la mamat cekik darah tu sampai.
siap je dia tukar dia minta rm90.
[si*l punya mamat nih, mula2 cakap rm80]
kalau ikut hati nk maki je.. apsal lak tiba2 kena bayar lebih lak.
lepas nego, dia kata ok rm85.
[still si*l punya mamat.. CEKIK DARAH]
malas nk panjang2 citer. aku bayar je. huhu

pas setel, aku ngan shuko pun meneruskan perjalanan pulang ke kampung halaman.
kalau nk dikira jam,
kali ni la perjalanan yang paling lama.
bertolak kul 4.30pm dr Kelana Jaya,
dalam kul 1.30am baru sampai rumah.
ap pun, aku bersyukur sbb selamat sampai rmh.



episod 2

tanggal 6Feb2011, Ahad.
kali ni lebih menyayat hati.
perjalanan pulang seorang perantau dr kampung halaman ke shah alam.
tepat 3.30pm aku dan Mr Shuko pun memulakan perjalanan dr Bagan Serai ke Shah Alam.
malas nk panjang2 citer....
jalan kat PLUS tu dh macam kilang jem.
kete padat giler.
yang paling menyakitkan hati bila banyak kete yang lalu kat lorong kecemasan.
so, moto takde pilihan lain melainkan jalan kat lorong kete,
PLUS km3308 [aku belasah je tu sbb tak ingat yg btl]
antara Gua Tempurung ke Tapah.
kete tiba2 himpit jalan. shuko yang berada didepan takde pilihan melainkan break mengejut.. aku yang kat belakang nih pun ap lagi, kena la break jugak....
kedengaran bunyi emergency break.
kat kepala aku pikir, sama ada tayar moto shuko yang bunyi, kalau tak moto aku.
tak perasan lak ada moto kat belakang.
shuko dah lepas...
TIBA-TIBA....... *@*@*@*@
debushhh!!... aku kena langgar ngan moto belakang.
rupa2nya moto belakang yang bunyi tu.
terbaring jap kat jalan.
dengan muka blur, aku tolak moto kat tepi.
tak mampu berkata ap2. pertama kali aku kena langgar moto
dan kali kedua kemalangan.
trauma lama tiba2 kembali menghantui otak aku.
Alhamdulillah aku takde apa2.
cuma moto aku je cedera sikit.
nasib la masih boleh berjalan.

pas rehat jap kat tepi jalan.
aku ngan shuko pun meneruskan perjalanan balik ke Shah Alam.
lepas tu perjalanan berjalan lancar.
sampai la kami mendarat di istana Brunsfield kami.

sampai je umah,
my sis kol. kena 'sekola' seketika.
aku hanya mampu senyum dan dengar.
mcm dah serik je nk merempit jauh2.
gi keje pun bawak pelan2 je.
:)

k la.
tak tau dah nk citer ap.
kalau ikutkan banyak lagi yg jadi sepanjang cuti CNY kali ni.
tp, yg aku nk highlight ap yg jd kat PLUS je.
ye lah.. "PLUS dihatiku"..

adios!!
^_^"

Friday, January 28, 2011

a simple Question mark


after all
there are still



and sometimes



BUT



do I need



to


???


a simple Question mark

BUT

i still do not find the answer

may be i need
T to solve the puzzle

i hope there will be the way for me to solve these simple question mark



karya | aKu iNgin bEbas | 3:18 pm | jumaat


Wednesday, January 12, 2011

aku diuji lagi.....

Assalamualaikum...
sekadar meluah perasaan...
takde kaitan antara yang masih hidup atau yg sudah tiada.. :)


[kalau ini benar, mungkin aku orang pertama]

Sejak kebelakangan ni, DIA banyak menguji aku... Alhamdulillah..
aku yakin, pasti akan ada hikmah disebalik ujian2 yang diberi.
hari ni aku diuji lagi.
bukan niat untuk menafi Ketentuan DIA.
cuma sekadar luahan hati.
kadang2 terlalu berat untuk aku tanggung.
sampai satu tahap aku pikir "i'm just tired of being me".
Ya Allah. ampunkan aku. T_T



"Ya Allah! Ampuni aku. Aku ketuk pintu Rahmat-Mu dengan tangan harapanku, aku berlari menuju-Mu untuk meminta lindungan dari hawa nafsuku yang merajalela. Aku ikat jari-jari cintaku dengan ujung-ujung tali-Mu. Ya Rabb, ampunilah ketergelinciran dan kesalahan yang telah kuperbuat, selamatkanlah aku agar tidak terjerumus ke dalam kehancuran. Amin."


Renungan Bersama:

"
Teruslah bergerak
Hingga KELELAHAN itu LELAH mengikutimu.
Teruslah berlari
Hingga KEBOSANAN itu BOSAN mengejarmu.
Teruslah berjalan
Hingga KELETIHAN itu LETIH bersamamu.
Teruslah bertahan
Hingga KEFUTURAN itu FUTUR menyertaimu
Teruslah berjaga
Hingga KELESUAN itu LESU menemanimu.
Semoga Allah meredhai perjuangan ini, dan memberikan yang terbaik."
(Ust. Rahmat Abdullah)

^_^"

Sunday, January 2, 2011

"aku mencari AKU"


[aku mencari AKU]

dalam tak sedar
seminggu sudah kita berada dalam tahun 2011.
dalam tak sedar juga
bertambah lagi "1" angka dalam usia kita.

masa tetap tak jemu berdetik dan meninggalkan kita.
kadang kala cepat rasanya masa berlalu.
dan ada kalanya terlalu lambat rasanya is berputar.
setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.
jangan lah sesekali kita menyesali akan sesuatu yang telah berlaku.

kini... aku mencari AKU.
pernah satu ketika. aku sendiri tidak mengenali siapa aku.
semakin aku mencari jawapan.
semakin banyak persoalan yang timbul.
inikah yang dinamakan lumrah kehidupan?

aku yakin hanya aku yang mampu mencari siapa aku.
hanya aku yang mampu mengubah diri aku.
untuk menjadi seperti yang aku inginkan.
cuma aku manusia biasa.
yang kadang kala terlupa dimana aku berdiri.
akan tetapi aku tetap bersyukur.
kerana masih mempunyai orang sekeliling yang sentiasa mengingatkan aku.

mampukah aku harungi setiap ujian DIA?.
ujian yang membolehkan aku temui siapa aku.
aku yakin dan percaya.
DIA tidak akan menguji aku melebihi dari kemampuan aku sendiri.
walau kadang kala aku merasakan terlalu pahit untuk ditelan.
dan terlalu manis untuk dibuang.
namun aku tetap akan mencari aku.
pencarian yang tidak akan pernah terhenti.

aku masih mencari AKU.
dengan doa dan harapan.
satu hari pasti akan aku temui dan mengenali AKU.

^_^"

Wednesday, December 29, 2010

sUdah jAtuh dI tImpa eScalator!!!


Assalamualaikum W.B.T
salam 1Malaysia buat semua teman bloggers.
ap khabar?!
sihat?! kalau sihat teruskan sihat k. Insyaallah.
tak sihat?! kalau tak sihat sendiri mau ingat la. gi la cari ubat.
takkan ubat nk jalan sendiri kot... hehe. :'p



kisah kali ni tragis skit.
mana taknya bertimpa2 masa'elah yg aku dapat hari ni. T_T
k la. takkan nk intro panjang2 kan.
so, jom storiiii....

[29 Dec 2010 | Rabu]
pagi ni aku gi keje mcm biasa je.
yg membezakan aku ialah. 'menyemart' lbh sbb aku ada interview kat Panasonic kul 1pm.
nk di pendekkan citer.
hari ni ada task baru big boss bagi,
so, takyah la nk berlakon bz sbb mmg bz pun. huhu

dalam kesibukan keje tu,
dan gak aku teropong website panasonic,
baca skit2. ye la takkan nk pi berperang tak bawak senjata kan.
dah sampai masa. aku pun mengorak langkah ke tmpat interview.

haaaa.. skg baru btl2 kisah jatuh kena timpa ngan escalator.
T_T

mula2 skali aku bajet tak lama la kan interview ni,
so aku tak bg tau bos apa2.
masa sampai kat Panasonic tu.
dgn confident aku bg tau guard tu
"saya datang untuk temuduga, nk kena jmpa siapa ye?!!"
[masa dapat kol tu, minah tu pesan bg tau guard je.. so aku tanya je la kan]
pastu guard yg aku confius kewarganegaraan beliau berkata
"temuduga??!! sini tadak.." (dgn mula blur2..)

haissh.. fenin aku..
aku kol minah yg kol aku smlm.
last2 baru tau.. aku dah salah tempat daaaa... T_T
yg aku gi tu sec 15, situ service center.
tmpat interview aku kat sec 16, bahagian manufacturing punya.
mana la aku nk tau yg panasonic tu banyak tmpat...

dah sampai kat tmpat interview yg btl tu.
daftar kat guard house.
then tunggu jap, pak guard yg menyemart tu pun hntar kitorang ke meeting room.
ada 5 org je candidate utk position yg aku apply tu.
masing2 muka innocent je.
mcm besa la.. aku ttp buat muka confiden even dalam hati bergelora kan. haha
tunggu jap.
pastu ada awek dtg bg borang. mls betul bab2 mengisi borang nih. huhu
pastu dia cakap ada test.
aduyai!!. test apkah?!... tak prepare ap pun..
yg lawaknya.. test mengira matametik bdk sekolah rendah.
kena tambah number2 yg ada..
tapi, diorang bukan nk tgk ap pun, just kepantasan mengira je.
setel test...
kena tunggu lagi utk sesi temuduga ngan panel lak..

masa dok tunggu tu, tiba2 lak pundi kencing bt hal,
aku pun gi la toilet...
ni kesah yg paling tak leh blahhhhh!!!
masa kat toilet... dgn yakin aku bukak la pili air tu.
cari kepala pilinya takde.. bukak le bg hbs...tiba2 muncul pili di mangkuk itu dan tersembur kena baju aku..
haissshhh... basah kot!!! hbs tisu kat toilet tu aku guna nk lap baju.
tu la.. canggih sgt toilet.. T_T
masa'elah tul....

oleh kerana mcm dh lewat je
aku pun sms bos aku. aku cakap balik lewat hari ni. dia reply "ok".
so, sejuk skit hati aku.
punya lama tunggu. tiba2 diorang cakap interview pospon 30 minit.
macam ~!@#$%^&*()_+_)(*&^%....... rasa nk maki je.
perut aku nyanyi lagu retro kot.
tak sempat nk lunch. pastu leh lak tangguh. T_T

...... temuduga sambung.
time ni baru calon ke-4.
aku calon ke -5.. makin berdebar lak rasa...
muka maintain confident, haha
then.. sampai la turn aku..

!_!_!_!_!_!_!_!_!.... 45 minit kemudian
ntah ap aku mencarut. banyak gak dia tanya.
aku belasah je. btl ke tak belakang kira kan. hehe

statemen 'bunuh diri' aku kuarkan b4 blah dr bilik temuduga tu..
"if u offer me less than what i get now, i need to re-thinking coz i already have commitment, if u offer the same then i can consider BUT if u provide MORE, i have no reason to decline"....
pergghh!!! terbaik ar.. berani lak aku demand kan. haha :P

setel interview.
tiba2 aku dapat msg kat ofis kecoh bos dok cari aku.
aku rasa dh bg tau.. haisshh
pastu bos lak sms. ni ayat dia
"U xbalik ofis dah ke?. U ok ke x?"
cuak gak aku rasa.. nasib la time tu aku dh nk sampai ofis..
so. bt slamber sudah..
masuk ofis. ngadap bos.
bos, i'm sory for the late. !@!@!@!@!@!@!... T_T
[terpaksa bohong sunat. kalau bg tau aku gi interview. confirm kena marah.. huhu]

bertimpa2 lak masa'elah aku kan... huhu
keje lum setel. bajet nak balik lewat.
tp, oleh kerana kelaparan + kebuluran. tak mampu gak aku bertahan.
kul 7.++pm aku blah.
singgah Jayathi tapau makanan..
dengan kaki terketar2 balik umah.
DEM!!!! sampi umah lift lak bt hal..
terpaksa la mendaki. nasib la rmh aku tingkat 3 je. huhu
sampai je rmh. baling brg ap patut. pastu trus makan..
terkentut2 aku sbb perut dah masuk angik. haha oopppsss!!!...
=)

setel makan. mandi. pastu layan bola.
yg pasti skg Malaysia MENANG. yeay!!!
tahniah Malaysia..

k la. sampai sini dulu.
ap ntah aku ngarut.
panjang lak tu...

adios amigos!!!
^_^"

Saturday, December 25, 2010

sEharum pOtpouri

Salam buat semua teman bloggers
harap anda baik2 aje.
thanks sudi singgah kat blog aku nih
^_^"


[potpouri | lavendar]


'seharum potpouri'

apa yang terlintas di fikiran anda bila sebut tentang potpouri?
mesti pewangi kan!!
bagi aku cuma satu iaitu 'Lavendar'
tu la haruman febret aku.
tenang je rasa bila hidu bauan lavendar ni.

sebenarnya bukan lah bauan lavendar ni yang nak di coretkan kat sini.
ada kisah lain yang nk di luahkan =)

'seharum potpouri'
terlalu pahit untuk ditelan dan terlalu manis untuk dibuang
itu lah yang boleh diibaratkan ttg apa yang aku rasa skg.
tiada perkataan yang mampu menggambarkan
cuma aku sendiri yang rasa.
tapi aku mesti kuat
life must go on kan..
DIA sentiasa ada bersama aku.
i believe that.

'seharum potpouri'
bila dikaitkan apa yang aku lalui ni dgn serahum potpouri
pasti ada yang tertanya2 kenapa kan. ^_^"
i wish i could be like potpouri
nak tahu kenapa?
sebabnya...
haruman potpouri boleh membuatkan seseorang rasa tenang
ada yg mengatakan wangian potpouri ni terapi yang baik utk tenangkan fikiran
biarlah aku kaku ibarat potpouri
namun wangian tu amat berguna untuk orang lain.
yang penting org sekeliling akan rasa tenang.

'seharum potpouri'
haruman yang pasti menyenangkan.
adalah satu kepuasan bila tgk org sekeliling kita happy.
itu yang aku rasa.
jadi aku memilih untuk jadi potpuri.
tak salah kan??!
^_^"

kisah 'seharum potpouri' berakhir di sini.
hanya kisah dongeng semata2
don't take into your deep heart k
hehe

adios!!






















Wednesday, December 15, 2010

kUlit kAyu mAnis & dIa

Salam semua bloggers.
Alhamdulillah aku masih di beri kesempatan utk update blog aku nih.
thanks kepada yang sudi baca.

tapi kan.
kali ni lain dari yang lain.

haha..
mau tau??
nak tahu??

teruskan membaca....

apa???

malas???

dasar pemalas..
baca je lah...

haha
:'p


sebenarnya kan.
aku dalam process menulis
kisah "kulit kayu manis & dia"
sebuah kisah dongeng je..
saja suka2..



[Work In Progress]

tak siap pun lagi..
work in progress la katakan.

plan nak publish januari 2011 nanti.
aku ngah tulis 15 episod kisah tu.
so. aku akan publish seminggu skali.
tu plan-nye lah kan.. ntah2 sekali gus je aku post..
tgk keadaan dan kerajinan aku.. *_*v

takat ni baru siap sikit.
tak sampai separuh pun lagi.
harap2 jd kenyataan la aku nk bt kisah bersiri kat blog aku nih
kalau tak. post ni je lah yang akan wujud pasal
kisah "kUlit kAyu mAnis & dIa"
hehe.

nantikan kemunculannya.
hehe
^_^"

adios!!


Tuesday, December 14, 2010

aNdai dApat kU pUtarkan wAktu


Salam buat semua bloggers.
thanks sudi singgah kat blog aku yg tak seberapa ni.
^_^"



[aNdai dApat kU pUtarkan wAktu]
waktu | masa | jam | saat | pukul | time |o'clock
sebutan berbeza, masa dan tempat digunakan juga berbeza.
akan tetapi. ia tetap merujuk kepada perkara yang sama.

sedar mengenai hakikat sebenar yang tidak dapat dinafikan iaitu.
setiap saat yang berlalu tiada siapa yang mampu menghentikan atau pun mempercepatkannya.
semua adalah kuasa DIA yang Maha Esa.
bukan niat untuk menafikan kekuasaan DIA.
cuma aku manusia biasa yang juga punya impian dan harapan.
tak salah kiranya aku ingin bermimpi buat seketika untuk berada di saat dan waktu yang aku sendiri tetapkan.
aku yakin. anda juga pernah memikirkan benda yang sama.

saat dan tika ini
andai dapat ku putarkan waktu.
akan ku putar tanpa henti.
sehinggalah aku melihat saat-saat kau tersenyum riang.
saat itu. aku yakin yang kau sedang bahagia.
akan ku hentikan waktu itu.
walau seketika.
supaya aku dapat terus melihat kau bahagia.
walau hanya mampu melihat.
aku juga turut bahagia.

namun apakan daya.
bak kata2 yang menjadi pegangan.

kita manusia biasa hanya mampu merancang, DIA yang menentukan segala2nya.
jangan sesekali kita salah ertikan kata-kata itu.
usaha, doa dan tawakal harus lah seiring dengan apa yg kita lakukan.



putarlah waktu sepertimana yang anda inginkan.
tak salah bermimpi.
juga, tak salah untuk meletakkan sesuatu harapan.
tapi jangan sesekali lupa yang DIA sentiasa ada di samping kita.
DIA tak pernah jemu mendengar permintaan kita.
mintalah selagi mampu.
siapa tahu. apa yang di impikan menjadi nyata.
berterima kasihlah pada DIA yang satu.
kerna masih diberi kesempatan masa dan waktu.
untuk menikmati keindahan hidup ini.

jangan di kejar apa yang di sayangi.
tapi, sayangilah apa yang kita ada.
itu akan lebih bererti.
sayang tak bererti memiliki.

sekian. ^_^"

p/s: kisah dongeng semata2. takde kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

adios!!



Sunday, December 12, 2010

kEmbalikan sEnyumanku



Hi
Salam semua
saat post ni di tulis
aku kat umah
weekend yg membosankan

tak de apa pun nak tulis sebenarnya
just wanna say that

pls return my smile!!~
kembalikan senyumanku!!~

haha.
baik ngaku cepat sapa yang curi.
dosa tau curi.
aku tak marah pun.
bagi balik k.



dh hbs ngarut.
ok la guys.
tak tau nak tulis ap sebenarnya.
memain je. hehe

adios!!

^_^"


Tuesday, December 7, 2010

Terima Kasih

Hai semua.
Salam Ma'al Hijrah.
tenkiu pada yang sudi baca.

tajuk kali ni "Terima Kasih"
banyak yg leh di huraikan dengan perkataan terima kasih tu.
terpulang pada individu.

bagi aku:

at first terima kasih pada DIA.
yg maha mengetahui segala2nya.
aku redha dengan takdir yg dia tentukan. ^_^

second. aku nak ucap terima kasih pada org sekeliling aku
yang banyak bagi sokongan sampai la aku jadi "org".
terutama
/ mak n abah n famli tercinta.
/ tenaga pengajar a.k.a sifu aku sepanjang aku belajar
dari sekolah rendah sampai la peringkat univ.
/ kawan2 tersayang (-_-") dan
/ buat orang2 teristimewa kat hati aku ni
[jangan tanya sapa k. :'p]

biasala dalam kehidupan ni pasti ada pahit n ada manis.
setiap kenangan tu akan ttp terpahat di ingatan.
apa pun kehidupan ttp harus diteruskan.
terima kasih sbb bagi peluang untuk aku merasai erti kehidupan.
terima kasih buat semua.

bersempena Ma'al Hijrah ni.
aku nak mulakan kehidupan dengan satu lagi chapter yang baru.
aku harap episod kali ni akan lebih baik dari episod yang terdahulu.
so. apa azam korang tuk tahun baru ni?

aku?!
ntah la.
kalau ikutkan banyak yg aku azamkan.
ap pun. satu ja yg aku leh cakap.
aku nak jadi "better" in everything.
to be a better son
to be a better fren
to be a better student
to be a better .... ermmm... anything.

k la guys.
aku doakan hidup korang akan lebih baik dan di berkati olehNya.
semoga azam korang akan tercapai.
amin~~



sampai sini dulu.
adios!!

^_^v



Friday, December 3, 2010

..::aNdai hAti bIsa bErkata2::..

soal hati dan perasaan
takde siapa yang mampu duga
pepatah mengatakan
"sedangkan pantai lagikan berubah inikan pula hati manusia"
hayati sebaik2nya pepatah itu
kita akan mampu mendapatkan suatu kepastian

bila berbicara soal hati
tiada paksaan yang harus di utamakan
paksaan terima mahupun tolak
andai hati bisa berkata2
sudah pasti jawapan mudah diungkapkan dengan luahan
namun apkan daya DIA lebih mengetahui akan kejadianNya

berhati2 bila berbicara soal hati
meskipun mulut mengatakan "YA" atau mungkin "TIDAK"
namun hati tak bisa di tipu
akibatnya hati yang derita akibat kata2
yg keluar dr mulut tanpa mengira apa yang hati itu rasa
wajah mungkin bisa sembunyikan derita yang dirasai
namun sampai bila harus terus berpura2 menyembunyikan derita itu
kelak diri sendiri yang akan menjadi korban

andai hati bisa berkata2...
tak perlu lagi untuk mendengar mulut berdusta dan
terus menafikan apa yg hati itu rasakan
sbbnya mulut bisa meluahkan sesuatu tanpa usul periksa dan
mungkin juga sesuatu yg bukan lahir dari hati yg tulus
biarpun kadang kala kata hati itu ada benarnya.
tapi, tak dinafikan blh juga berlaku sebaliknya.
yang pasti. andai hati bisa berkata2.
sudah tentu kita akan tahu dengan jelas
apa yg hati itu rasakan tanpa perlu berteka-teki

cuma satu peringatan yang harus diambil kira
jangan sekali2 menghukum diri sendiri
untuk sesuatu yang tak sepatutnya
lakukanlah ap jua dengan hati yang ikhlas
"langit tak selalunya cerah"
redha hadapi ujianNya
pasti tenang hati menerima

^_^v

Wednesday, December 1, 2010

aKu iNgin bEbas oN vAcation - dAy 4 [my konvo]

[30 November 2010 - Selasa]
aku mulakan ngan .::694 it's my day::.
haaa.. kalau nak tau tu la number giliran aku.
sangat bermakna tuk aku. ^_^v

nak citer pendek ke panjang?!
aku rasa mcm jd panjang je. baik panjang kan. hehe

pagi nih mak masak tuk bfst ngan bekalan mak nak balik nanti ptg.
so. mkn kat umah rehat je.
dh hampir jam 11:00am. suma pakat2 bersiap.
sbb tak nak lewat ke dewan.
pas siap suma. singgah pjbt jap checkout.
then, trus gerak ke dewan seri budiman.
cair peluh satu badan tunggu nak masuk dewan.
tp. dan lagi posing.
yg tak bestnya. camera ada kat kak aku.
so. aku belasah je la camera sapa yg ada kat situ. hehe

masa ngan beratur.
ada pegawai bertugas bg kad number giliran.
tertera perkataan berikut:
"Penganugerahan ini didahului oleh graduan terbaik program serta
penerima anugerah naib canselor
ridwan bin umar ***
kelas pertama"
sebak lak rasa.
usaha yg membuahkan hasil. so happy.
sepanjang konvo nih kepala aku pikir mak ngan abah aku je.
aku tau diorang mesti happy even diorang tak cakap. T_T
tak mau citer panjang. nanti banjir lak blog aku nih. haha

pas setel istiadat konokesyen nih.
sempat lagi posing ngan famli.
ngan member tak banyak.
masing2 dh missing in action.
ngan lec pun dapat bergambar ngan en juwahir + dr sazili je. huhu
keadaan cuaca tak mengizinkan nak bergambar banyak.
ujan time nih.
aku pun hantar jubah n mau pulang.

check point terakhir.
brunsfield riverview apartment [istana aku la nih].
my famli drop aku kat sini.
then. diorang meneruskan perjalanan pulang ke kg.
sedih + sebak + so happy = ??
tak tau ap yg aku rasa time tu.
suma ada. at least aku tau.
mak aku hepi ngan kejayaan anak dia yg sorang nih Y_Y
b4 mak teruskan perjalanan. mcm biasa lah.
beliau tak pernah jemu mengingatkan aku.
"jgn lupa solat"
"duit jimat2"
"jaga diri elok2"
"jgn bawak moto laju2"
tu antaranya.. kalau ikutkan banyak lagi.
tiap kali mak pesan tu.
aku akan senyum dan iyakan sumanya.
mmg btl pun ap yg mak aku cakapkan tu. T_T
tu la kasih ibu.

ok. dah2.. no feeling2.. ^_^v
balik umah. rehat~~.

apa??? tidor???

salah la beb!.
mlm tu. kuar makan ngan teman2 seperjuangan ku masa blajar dulu.
bro | shuko | mus | yogie | wanie
kat kul 1 baru balik umah..
ok. this time. mmg btl. balik umah. tidur. hehe
tp, b4 lelapkan mata tu. dan lagi aku update blog nih.

ok la kawan2.
tenkiu sudi baca coretan aku yg ngarut nih.
tu je la kisah "aKu iNgin bEbas oN vAcation"
jmpa lgi di post yg akan datang.

aku bercadang nak bt "aKu iNgin bEbas vErsi sEntimental"
nantikan.. hahaha

adios!!!!

gambar yang ada ni sikit je. nak tgk yg lain. rajin2 la bukak kat sini ye :
aKu iNgin bEbas oN vAcation


[saat2 nak gerak ke DSB]


[got cute beat and flowers]


[my belove mum and i]


[it's my day]


[my fren - ni je pic ngan member yg ada kat kamera aku]


aKu iNgin bEbas oN vAcation - dAy 3

[29 November 2010 - Isnin]
day 3?! what happend?! nak tau?!
jom story....

ni last day vacation aku.
the next day will be the climax which is my convocation day.

nak tau ap jadi?. haaaa...
untuk pertama kalinya setelah hampir 2 tahun kat shah alam nih.
hari ni baru aku gi mandi kat wet world.
rupanya best gak. ^_^v
selama ni aku pikir mcm serabut je nak mandi kat situ,
sbb crowded sgt org. hehe
tp kan. kalau nk tau.
aku lak yg excited lebih mengalahkan anak2 buah aku.
mana tak nya. aku tinggal anak2 buah aku kat abg aku.
aku gi mandi kt tmpat org dewasa.
tak hengat dunia.
dh keletihan + kelaparan baru aku cari famli aku.
kejam lak aku rasa. hehe :'P
hampir 2 jam gak ar aku berendam. hbs kecut suma yg ada. haha

setel urusan kat wet world.
kitorang ke masjid shah alam tuk solat zohor.
sempat gak posing kat situ. hehe

!!!~~~

sesi ptg diteruskan.
kitorang gi bukit cerakah a.k.a bukit cahaya.
time ni ujan.
so, berlari2 gak nak masuk tu.
sian lak mak aku.
dh la tak leh lari.
tp kena wat cat walk lak.
kitorang masuk rmh 4 musim.
pose2 skit. pastu kuar.
kalau nak tau.
ni pun kali pertama gak aku masuk setelah 2 thn lbh aku kat shah alam.
ap daaa... -_-"

ok setel!!..
ap?! balik rehat?!
minta maap k. takde nye balik rehat. haha

pas setel kat bukit cerakah.
kitorang gerak ke ole2 sec 18.
wat tournament boling.
team "adik kakak" lwn "laki bini"
sapa menang lu jangan tanya k. haha
yg penting mmg best.
kalau nak tau. mula2 mak aku kata.
balik je trus. rehat. tidor. tgk tv. bla bla bla.
last2 kat tmpat boling mak aku lak yg jd pengkritik bebas.
antara komen beliau:
"patutnya baling ke kanan skit"
"eh. baling senget tu. mcm mana nak jatuh"
"kuat sikit baling bola tu"
terbaikkk!!!! ar mak aku nih.
even dia tak larat.
tp gagahkan gak ikut anak2 dia gi meronggeng.

setel boling.
gi pekena western food kat qaseh sec 13.
masing2 dh kelaparan
time makan senyap je.....
setel!!.

ok. this time mmg btl2 balik umah tumpangan and rehat.
mlm tu aku mmg tak nak bawak diorang gi jalan dah.
kena simpan tenaga tu keesokan harinya lak.

balik umah.
mandi + tukar baju = tidur nyenyak sampai pagi.
suma terkulai layu di hamparan tilam yg empuk.

tu je la kisah aku tuk day 3.
see u at day 4. last day.

adios!!

gambar yang ada ni sikit je. nak tgk yg lain. rajin2 la bukak kat sini ye :
aKu iNgin bEbas oN vAcation



[wet world time]


[wajah2 yg tak basahkan badan]


[rmh 4 musim bukit cahaya]


[musim winter]


[bowling time]

aKu iNgin bEbas oN vAcation - dAy 2

[28 November 2010 - Ahad]
hari ni hari kedua vacation aku ngan famli aku.
pagi yang indah! tiba2.
aarrrrgggghhhh!!!!!!!!!!!
tiba2 aku rasa mcm nak jerit.
haha. jgn terkejut ya. bukan ap pun.
sebenarnya.
hari ni skali lagi aku dah tak leh control diet aku. Y_Y
mana tak nye.
aku bangun pg td.
pas mandi + solat.
breakfst dh ready atas meja.
menu : nasi goreng | sardin | sandwich | tea o'.
sekali lagi aku baham nasi tak ingat dunia.
aodyai!!. takkan turun 6 naik 7 kot.
tak seimbang tu, huhu.
dah la kot intro utk hari kedua nih.
jom story kat bawah ni:

hari ni plan nak gi Genting Highlands.
aku dh penah pi dulu ngan geng2 Komrads.
tapi famli aku belum penah pegi.
so, ni la first time diorang nak gi.
masing2 dah bersiap nak gi.
bekalan makanan pun dah packing baikk!!! punya dalam bekas.
takmo tunggu2 dah.
trus masuk keta gerak ke genting.
selamat la GPS ada.
lancar la skit perjalanan kan. hehe

!!!~~~ [masa dlm perjalanan. time ni dh masuk KARAK]
tiba2 mak aku tanya. "sandwich td ada kat bonet ka?"
my sis said : "sapa bawak bekas makanan td?"
aku: "entah. bukan mak ke yg bawak td?"
mak: "mana ada. mak tak ambik pun"
suma tergelak!!.. mana taknya.
mmg sah la bekalan makanan dh tertinggal.
sedeh je!. dah siap pack baikkk!!! punya.
takpe. takde rezeki nak makan sandwich kat Genting kan. huhu

!!!~~~ [dah sampai Genting]
kali ni kitorang parking kat skyway stesen je.
pastu nak naik cable car.
time tu lbh kurang 9:40am.
ramai gila org.
tp selamat la tak kena que lama sgt.
part yang paling menarik!!!

"aarrghhh!!"
"ap goyang2 ni!! tolooong!"
"seram la pulak"
"huahuaaaaa T_T. takottttt"

tu la antara dialog yg kuar dr mulut kedua2 kakak aku masa cable car tu mula mendaki.
haha. yg kelakarnya. siap air mata tiba2 menitis sbb ketakutan.
biasala first time.
mak aku lak.
walaupun first time.
ttp nampak cool n steady.
[tu luaran ja. dalam hati tu. mak aku tak berenti mengucap + selawat + doa]
mak + kakak2 aku dah pucat muka.
aku gelak2 je. haha :'P
anak buah aku umur 2 thn ngan 5 tahun.
steady ja.. siap excited lagi. sonok!.
mak depa lak yg seram. haha =))

dah sampai puncak.
kitorang pun gerak menuju ke first world hotel.
ada indoor game tuk bdk2 kat situ.
nak main outdoor leceh sikit.
biasa la bawak budak2.
kami yg dewasa ni naik perahu je la.
dh mcm kat itali lak. hehe
pastu. masa anak2 buah aku ralit dok main.
dan lagi aku lepak kat tepi mcd online.
haha.. lwk2.. biasa la. skg ni tadak tenet sehari.
mana leh idup.

!!!~~~ [dah nak balik]
solat jap kat skyway station.
pastu mengorak langkah masuk ke cable car. dah nak turun.
kali ni tak dengar dh jerit2.
sbb kali kedua kot.
biasa la tu kan.

!!!~~~ [dah sampai shah alam]
singgap makan jap kat sec 11.
restoran santai.
konon berangan nak makan western.
rupanya blum ready time tu.
so makan malay food je la.
ap pun Alhamdulillah. DIA masih bg rezeki kat kami.
masing2 dah keletihan time nih.

APA?! ingat kitorang trus balik ke? haha
takdaknya.. berbekalkan semangat yg gigih.
kak aku kata. "jom ke JAKEL".
walaupun keletihan.
dan lagi singgah jakel nak shopping baju.
besa la pmpuan kan.
aku ikut ja la jd bodyguard diorang. hehe

!!!~~~ [setel urusan kat jakel]
time nih ujan.
agak lebat gak ar.
redah gak masuk keta.
dah nak balik ke rmh penginapan rehat kan satu badan yg keletihan nih.

MALAM?! kami dok rehat ja?! tgk tv?!
skali lagi. TAKDAK MAKNANYA.... haha
masing2 semangat nak pi jalan.
pas isya' kami pun bersiap.
nak pi pekena satay kajang hj samuri.
aku pun bwk diorang ni ke PKNS.
mula2 order ayam + daging + perut.
tgh2 mkn tambah lagi ayam.
perrrggghhh!!!!...
confirm diet aku OUT.
yg bestnya. ayat power kak aku.
"haiii... awat nampak mcm org DIET ni ja yg makan laju dr org lain"
haha.. makan dalam tuuu.

!!!~~~ [setel makan]

APA????? balik umah??
hahaha... TAKDAK MAKNANYA..
start keta. kami gerak ke Uptown Shah Alam.
kot2 la ada yg leh di beli kan.
ngah sedap meronda. cuaca tak mengizinkan.
hujan. kami yg besor ni tak pe je.
tp, bila memikirkan anak2 yg kecik tu. terus terbantut.
so, decide nak balik.
kak aku sempat lagi la beli seluar.

kalau ikutkan plan nak singgah I-City.
tp. hari lak hujan.
takdak rezeki la tu.

so. this time. mmg BTL2 balik umah tuk rehat.
tgk jam pun dh kul 11:00pm.
sampai je rumah.
mak aku terus tukar baju.
pastu terbaring keletihan.
sian aku tgk.
walaupun mak aku tu ada masalah lutut.
dia ttp kuatkan semangat ikut anak2 dia nih gi jenjalan.
i love u mum. so much T_T.
mlm ni aku tak bukak rmh urut dah.
mak aku dah terlena pun.
keletihan sgt la tu.

ESOK?!! haha.. jadual yg padat.
ada planning lagi.

nantikan sok punya story lak ye.
k la. aku pun dh letih.
saat2 aku tulis ni pun dh kul 12:36am.
mak | kakak2 | abg | anak2 buah aku. suma dh terbongkang.
tiduuurrr. keletihan la katakan.

aku pun dh mau tidur nih.
k la guys.
aku minta diri lu.

adios!!

gambar yang ada ni sikit je. nak tgk yg lain. rajin2 la bukak kat sini ye :
aKu iNgin bEbas oN vAcation


[baru je mendarat kat Genting]


[saat2 jeritan di lepaskan masa naik kabel car]


[apa pandang2?! haha]


[Jakel time]



[dinner at Sate Kajang Hj Samuri]

aKu iNgin bEbas oN vAcation - day1

[27 November 2010 - Sabtu]
Salam to all my bloggers friend.
apa khabar?
kali ni suasana lain skit.
masa aku ngah taip tuk apdate blog ni.
aku ngah on vacation ngan famli aku.
kebetulan diorang dtg tuk konvo aku yg bakal berlangsung 30 nov nanti.
dah alang2 tu bercuti la trus kan. hehe
tu yg mulanya topik post kali ni.
"aku ingin bebas on vacation - day 1"
sebenarnya time aku menaip ni takdak internet pun.
taip kat notepad. kang aku dh balik istana aku baru aku upload.
meaning. time korang baca ni aku dah habis vacation pun.

ermm... tiba2 blur. tak tau nak start dr mana. *_*V
kali ni aku rasa mood agak sentimental skit.
sbb ni first time on vacation ngan mak | kakak2 aku.

ptg td, lbh kurang kul 2:34pm famli aku sampai dr kg [bagan serai, perak]
dgn jentera Persona PJU**** yg baru dibeli oleh kakak aku dan suaminya.
diorang pun singgah ambik aku kat istana hinggap aku sebelum meneruskan perjalanan ke rumah tamu yg aku dh booking 2 bulan lepas. ye la.
musim konvo confirm dh susah nak dapat hotel kalau lambat.

haissh!! baru intro dh panjang nih. haha!!
tak pe kalau korang ada masa baca la sampai hbs ye.
kalau tak baca sampai hbs pun tak pe.
bukan ada ap pun saja nak kongsi vacation aku kali ni. ^_^

lepas check in kat sec 2 shah alam nih.
masing2 la pakat ngemas barang.
mak aku dh ke dapur hidang makanan yg mak aku bwk dr kg utk lunch.
perrrrgghhhhh!!!!
mmg tak leh tahan nafsu kali nih.
setelah hampir 2 BULAN aku tak makan nasi.[maklumla. diet la katakan]
akhirnya....
aku terpedaya ngan masakan mak aku.
yg bestnya. kalau terpedaya tu makan sikit takpe.
ni tak. siap tambah 3 kali..huahahauaua... seirus sedap.
menu : masak tomato ayam | rendang daging |
serunding daging | ayam goreng | ikan keli goreng | nasi impit | ketupat
sapa yg leh tahan beb! masakan ibu la yg TERBAIKkk!!!
terharu aku. T_T sob3..
mak aku masak mmg utk aku.
sbb 3 hari b4 mak datang. aku dh kol.
aku cakap. "mak. sabtu nanti mak masak la apa2. rindu la nk makan masakan mak".
tu dia. skali mai.. punya banyak mak aku masak.
I LOVE YOU so much mak. you are the best.

pas setel lunch. duk lepak jap.
sambil tgk tv.
dok elok layan tv.
mai desert lak.
buah jambu + pelam + kuah rojak yg kak aku masak sendri.
MAKAN LAGI!!!
hari ni mmg ROSAK trus diet aku. huhu
tak pe la. bukan slalu kan. mak aku kata. pas hari selasa nanti diet la balik.
tiba2 dalam kepala aku terpikir.
aku ada 3 hari lagi nak baham makanan sepuas2nya.
pastu nak sambung diet balik.
haha!!!

ptg ni cuaca tak mengizinkan.
hujan yg sgt lebat.
tp. kitorang dh pikir masak2 nak redah gak.
planningnya mau shopping ke Jalan Masjid India.
walaupun di bebel oleh mak aku yg mengatakan.
"hari hujan. dok rehat je la. sok baru pi jalan.
bukan ap. takot adam tu semput"
[adam tu anak buah aku. umur 2 tahun. kesihatan dia tak stabil sgt]
dengan muka tak bersalah.
pas setel je solat asar.
aku cakap "haaa. ap lagi bersiap la cepat. kita redah je. hujan kat atas"
haha.. bukan slalu kan. :'p
angkatan tentera pun bersiap la tuk ke KL.
mau jalan2 cuci mata.

kitorang pun gerak la ke "stone three" komuter station.
park kete kat situ pastu naik komuter.
bukan ap. naik komuter lagi senang.
tak yah nak pikir jem. nak cari parking lg lah.
naik je komuter. anak buah aku dah jerit2.
excited. maklumla first time naik komuter.

lupa lak nak bg tau. vacation kali ni yg join.
mu lovely mum +
kak aku yg dok perlis [kak ani] + tasya [anak buah aku] +
kak yg dok parit buntaq [kak ida] + suami + adam [anak buah aku] +
aku = "aKu iNgin bEbas oN vAcation"

sambung balik citer.
masa dalam komuter.
sempat gak aku cuit mak aku.
aku bisik. "mak. tgk kiri. tu la kilang tmpat aku keje"
mak aku balas. "Oooo... dekat je la hng nak pi keja noh".
haha.. comel je.

kitorang pun gerak ke jalan masjid India.
dh sampai tu. ap lagi. suma kedai nak singgah.
berpasang2 gak ar baju yg di beli.
aku belikan sepasang baju tuk mak.
kain sutera china. hehe
bukan slalu kan.
#_#V

sepanjang jalan. aku pimpin mak aku.
besa la. mak aku bukan sihat sgt.
tp disebabkan anak dia sorang nih.
dia mai gak.
mesti korang tertanya2 kan knapa abah aku tak mai.
sebenarnya. abah aku tak sihat sgt.
lagi pun tak leh nak jalan jauh2 naik kete.
mabuk. takot nanti melarat lak.
so. abah aku dok umah je la.
aku ttp tak lupa abah aku even ngah bercuti kat sini.
dah kol pun abah masa mak sampai td. hehe

dlm kul 10 gak ar baru sampai balik kat rmh penginapan nih.
masing2 dah kepenatan.
baru sikit tuh. ada 3 hari lagi nak berjalan.
haaa.... kalau nak tau.
rumah penginapan tu dh jd rumah urut lak.
aku ngurut kaki mak aku yang keletihan tu.
dh setel tu. kak aku lak sua kaki dia.
mcm ne aku tak panggil rmh urut. haha.

masing2 dh "kemengantukkan" akibat keletihan.
masa aku ngah update blog ni pun.
sume dh terbongkang tido.
sok plannye nak ke genting lak.

waaaaahhh.. jalan lagi.
dalam kepala aku ni terpikir.
"mampu ke mak aku berjalan jauh sok. genting tu dh la luas"
tak pe. aku ada. leh tlg papah. hehe *_*v

k la guys sampai sini je la ye.
aku pun dh ngantuk nih. sambung sok lak ye.
maaf la gambar takde tuk first day nih.
camera tertinggal.huhu

adios!!

Monday, November 15, 2010

dUa dAlam sAtu!!

Salam satu Malaysia tuk suma bloggers.
anda sihat hari ni?
sya doakan anda sihat.
jangan lupa undi sya ye!!!..
[mcm wakil rakyat lak.. hehe]

kali ni aku punya story sedey skit!!
tp, aku redha ngan ujian DIA.
mmg besar kuasa DIA, takde sapa yg leh nafikan. (-_-")


[Allah Maha Besar]

hari ni [15 nOv 2010 - iSnin]
what a bad day of mine.. T_T

this morning.
bangun lewat. gi keje pun lewat.
apa la nak jadi ngan aku ni kan. ermmm!!
sampai ofis.
tgk email berderet.
ada beberapa kerja nak kena setelkan hari ni gak.
dalam kesibukan yang melanda.
aku tak lupa tanggung jawab aku untuk ONLINE. hahaha!!
terbaekkkk!!!! :P

tgh hari aku balik ke istana aku.
niat nak bayar bil air.
yg lecehnya apartment ni, ofis bukak sampai kul 5 je.
mana sempat aku nak gi pas ofis kan.
so, gi time lunch je la.
pas setel bayar bil.
aku pun mengorak langkah ke ofis balik,
singgah shell jap beli roti.

tgh syok memecut.
setiba kat tol "stolen three" bak kata habil.
aku prasan yg tayar depan motor aku tak stabil.
aku pun berenti la.
rupa2nya pancit daaaa... T_T
time tu lbh kurang 1.17pm
tolak moto kedepan skit.
lepak bawah pokok sementara tunggu org yg aku kol tu sampai.
org tu cakap 25 minit.

..............
mamat tu pun sampai ngan awek dia kot.
india mamat nih.
~!@#$%^&*()_....
setel tukar tayar.
RM20 terbang bersama anei tu.

masuk ofis lewat.
aku bt deeek je bila terserempak ngan bos. hehe
ptg yg busy.
keje lum setel.
aku pun teruskan bt keja.
around 4 lebey ujan yg lebat.
dalam kepala ni dok pkir mcm ne nak balik jap gi.. ermmm.
dalam kul 6 ujan dh reda.
aku pun blah dr ofis.
kuar ngan tansri shuko.

pas punch kad.
aku pun memecut la tanpa tgk belakang.
terus meninggalka tansri.

time ni ujan masih berdansa [bak kata shuko]
tp, rentak nya sudah makin perlahan.
sampai je kat shell batu 3.
sreeeettttt!!!!..
rasa moto tak stabil.
dalam kepala aku.. "takkan pancit lagi T_T"
tp, ap nak buat.
kuasa DIA. motor aku pancit lagi.
buat kali ke-2 dalam tempoh 24 jam.

tu la antara penyumbang tajuk post ni. "dUa dAlam sAtu!!"
dua kali pancit dalam satu hari.
aku pun tolak moto sampai petronas. sebelah shell.
nasib la aku simpan lagi number fon anei yg tukar tayar tgh hari td.
dia cakap 30 minit.
ok.
aku redha je.
speechless. tak mampu nak kata apa2.

..................................... 39minit kemudian.
anei tu sampai dgn badan berbalut plastik.
maklumla nak selamatkan baju dr basah.
aku malas nak cakap banyak.
trus suh anei tu tukar tayar.

~!@#$)_)(*&^%$#@... seketika kemudian.
anei tu cakap ada skru menembusi tayar aku.
setel tukar.
aku hulurkan RM20 kat anei tu.
[sekali lagi dt aku terbang bersama anei nih]
betapa besar kuasa DIA.
mgkin penerimaan aku kali ni lbh tenang.
bermuhasabah diri seketika.
terpikir gak "apa kesalahan yg aku dh buat. aku minta maaf".
anei tu tanya.
anei: "ada rm5?"
aku: "ada. utk ap?"
anei: "tak pe la. sian kat u. i bg diskaun. RM15 dh la. td tgh hari pun sya sudar tukar kasi u.'
aku: "ok. thanks"

masa tu.. aku rasa hepi lak even tayar pancit.
Alhamdulillah.
tiba2 leh dapat diskaun.
besar kuasa DIA.
thank you Allah.


[tayar belakang yg kena skru]
(ni bukan gambar tayar moto aku. aku pinjam je. jumpa kat tenet. hehe)

smpai sini je la kisah aku kali ni.
kali ni mood sedih + insaf (-_-")
besar kuasa DIA.
dua dalam satu.
dua ujian dalam satu hari.

k la.
jmpa lagi kat post yg lain lak ea.
Assalamualaikum.

adios!!




Sunday, November 14, 2010

sAbtu yG hAppening!!

Salam to All my bloggers fren.
berjumpa lagi kita dalam rancangan "aku ingin bebas"..
dh macam pengacara tv daaa...
adoyai!!.. dah2.. stop mengarut-ing.. jom story.....

..::sAbtu [13 Nov 2010]::..
hari ni aku join the komrads club gi main api.. bbq la tu.
manusia2 yg terlibat ialah:
niza, yus, cik yaya a.k. a klon rozita che' wan, kak ina, sama and ros.. yg bestnya mak angkat aku yang sporting lagi best, cun meletop g empak gilewwww!!! pun ada skali.. [dh mcm iklan celcom daaa].

kali ni bt bbq kat bukit cerakah,
walaupun tmpat ni dekat je.. tp ni la first time aku menjejakkan kaki ke situ.
bak kata mak aku "ken tut pun dengar aihhhh".

[ngah asyik membakar sempat lagi yus pose.. :)]

[ni ros ngan niza maskot tuk gathering kali ni.. hehe]


[flying to the moon pas kenyang melantak]


[ni sama n ros yg takdop koje main ngan kucin]


[ni la aku..model of the day.. haha perasan!!!]

best gile time nih.. biasa la dh lama tak bt aktiviti sosial mcm ni kan.
mlm tu kami meronggeng ke uptown danau kota
aku la yg jadi bodyguard n pemandu awek2 di atas tu..
yg penting aku dapat lupakan seketika masalah negara walaupun aku ttp memikirkan seseorang tu.. muahhhahaha

k la my fren.
stop kat sini dulu.

adios!!




Sunday, November 7, 2010

mOcha dI hUjung mInggu & kIsah mAmat pElik!!!

Salam sejahtera diucapkan kepada rakan2 bloger ku tak kira la sama ada yang masih bujang atau dh meroyan nak kawen atau yg dh terlanjur kawen.. haha!!.. intro yg ngarut.

mOcha tIme.. good topic actually.. tp, tak mau citer pasal mocha lagi.. aku nak start dengan kesah kempunanku nak dapatkan mocha.. ceritanya bermula di sinun:..

semalam [6 nov 2010 - sabtu], bangun je pagi tiba2 aku dalam kepala aku ni pikir nak minum mocha... rasa mcm ngidam lak... so, aku pun mulakan pasang plan konon2 plan nak gi oldtown la ptg tu minum mocha. kalau ikutkan plan nak gi PAS ptg tu nak survey harga netbook sbb my sis nak beli.

selepas sucikan diri, aku gi swimming dlu ngan abil housemate aku.. dlm kolam pun aku leh tringat mocha.. haha.. ap lah.. pas swim, layan fb lu.. smbil tgk tv..

masa syok dengar berita terkini kat tivi tiba2 ada sorang pakcik tua rambut putih. pas tengok org tu trus kepala aku terlintas.. "mcm ne la keadaan pakdin skg..mmmm". [kalau nak tau, pakdin tu dh mcm my dady, dia pegawai kesatria kat UiTM kedah.. aku jadi rapat ngan dia masa aku jadi Komander dulu.. idup komrad!!!]. yang aku ingat, aku sms dia sehari sblm tu, dia reply.. tp, kak ina bg tau dia kol pakdin tak angkat... ermm.. skali lagi otak aku terpikir.. takkan masuk sepital lagi.. (T_T).. sebenarnya pakdin tak sihat, dh beberapa kali wat operation + radioterapi treatment. tu yg kepala aku pikir bukan2 tu... so, aku trus ambik hp baru ku and kol kak ina, dia la agent rahsia yang merisik keadaan pak din. trttuttt trtttuuttuttt... ~!@#$%^&*()_+... tu kira perbualan secara sulit antara agent ngan aku.. haha... kebetulan kak ina baru pas habis exam dia pagi tu, aku pun roger ar ajak gi PAS skali.. pastu dia kata ok.. nak memriahkan keadaan.. aku kol Niza.. dia nih rakan seperjuangan ku masa jd komander kat kedah and my junior at my faculty.. masa kol, dia bg tau dia ada program lak kat bukit cerakah.. tak dapat la nak berjimba ramai2.. pastu aku tanya pasal yus [juga rakan seperjuanganku], dia pun join niza.. so, tak pe la, aku kuar ngan kak ina je la..

ptg tu aku gi PAS survey netbook. setel je survey aku roger my sis bt laporan pasaran saham terkini.. pas setel roger.. >>>>>>>>>.. ahaha.. teka aku gi mana (-_-`)v..

gi karok!!.. kak ina pun nk ilangkan stress exam dia.. [padahal dia ada exam lagi keesokan harinya.. tak sedor diri tul. haha ooppsss!!]. pas karok 14 lagu, setel.. (aku tak reti nyanyi pun.. 14 lagu tu kak ina yg melalak.. haha)..

setel je.. aku pun merayap ke SACC.. ingatkan ada oldtown kat situ.. rupanya takde.. slama ni mmg aku tak penah perasan oldtown ada ke tak kat situ.. hehe. last2 tak dapat la nak minum mocha.. gi makan kat Nandos je.

masa dah setel makan, tringat nak kol pakdin.. so, aku pun ambik la fon and kol.. kali ni pakdin angkat... dapat la cakap ngan dia.. lega skit dalam hati sbb tau keadan dia ok.. (-_-)v. sapa2 yang baca story ni, sama2 la kita doakan pakdin ye.. semoga dia cepat sembuh... amin~~

balik je mlm tu, nak je aku jmpa batu belah batu bertangkup.. nak cakap:
"wahai batu belah batu bertanggup, kau telan lah aku.. aku kempunan nak minum mocha".. hahaha... klasikal drama yang di inovasikan (-_-")

so, hari ni [7 nov 2010 - ahad].. aku mengorak langkah ke sec 7, having my lunch kat old town.. akhirnya dapat gak minum mocha.. masa kat oldtown aku order la hor fun. (small kuewtw).. rasa tak sedap langsung, tak sesuai ngan selera aku.. nak buat mcm ne dh order pun.. so makan je la.. Alhamdulillah DIA masih bg rezeki kat aku. (^_^).

masa gi oldtown aku bawak netbook ku yang comel nih.. so, apa lagi, smbil makan, online ler.. tu yang jd tambah order tu.. hehe, aku order drink.. old town white coffee - hazelnut.. menarik gak air tu.. rasa mcm dh addicted to kafin dah.. skali skala apa salahnya kan..

kisah mamat pelik>>>>
yang aku tak leh blah.. masa syok aku dok online sambil menikmati minuman kafin tu.. ada sorang mamat nih.. tak tau la dia normal ke tak., tp agak pelik ar. hand phone dia kaler HIJAU. dalam hati aku biar betul mamat nih.. haha.. takpe2 smbung story... dia ngah cakap fon. leh lak, dia gi kat depan meja aku, ada kawasan terbuka depan parking area.. dia ulang alik kiri ke kanan smbil tangan dia ala2 tgh bt senaman. kira macam kanak2 hyper active.. masa mula2 dia ulang alik tu aku bt deeeekkkk je, pas dh parah sangat.. aku pun start counting.. +- aku rasa hampir 10 kali dia ulang alik. dr kiri ke kanan. ntah apa la yang dia sembang kan kat fon tu kan.. lama lak tu.. aku dapat rasakan, mesti dia cakap ngan DUKUN. pastu dukun tu ajar dia cara nak bagi dapat kalau stadi.. maklum la skg kan musim exam.. hhaaha.. ngarut je.
[kepada mamat kat oldtown td, maaf ye.. saja nk share kisah ni.. (O_o)v]

pas lunch aku pun kembali ke pangkal jalan iaitu di brunsfield, mahligai ku.. and continue online.. haha
semenjak aku ada netbook nih, makin kurang lak masa tido aku.. dh la malam transform jd OWL. siang lak tak tido.. hehe...

biasa la.. bagus gak online, dapat la mengurangkan rasa kebosanan aku time2 cuti nih..

k la my fren.. smpai sini dulu kisah mOcha ku.. see u next post..

adios!!


(-_-`)v... peace!!!