Saturday, February 12, 2011

PLUS dihatiku....

Salam buat semua teman bloggers.
thanks sbb sudi buang masa baca blog aku nih. :P

kali ni takde ap yg menarik.
saja nk share kisah menyayat hati yg melanda diri aku nih.

kalau nk dikira kat kalender,
hari ni genap seminggu peristiwa tu berlaku.
"PLUS dihatiku"
deng!!!.. ap yg korang pikir hah?!!!...

ok2.. stop playing. jom story............

episod 1

kisah bermula masa nak balik kg sempena cuti CNY mggu lepas.
hari rabu [2Feb2011].
time nih dok kat ofis dh panas satu badan.
otak dah pikir nak balik kg.
shuko dh minta permission bos beliau nk balik awal. and dah dapat green light.
[shuko ialah teman se-kantor merangkap teman serumah dan teman se-rempit pulang ke kg ku]
berbekalkan semangat yang kental aku pun minta la permission nk balik awal skit kat bos aku.

aku: bos, nk minta kebenaran balik awal skit hari ni boleh?
bos: pukul brapa?
aku: 4.30pm.
bos: ok.

pergh!!! terbakar segala semangat aku nk balik.


---------tettt!!!
sudah2.. bukan kisah ni yg aku nk story. sbb ada kisah yg lebih menyayat hati.. T_T


jam tepat 4.30pm aku ngan Mr Shuko pun blah dr ofis.
sedang sedap aku merempit di jalanan atau nama saintifik jalan tu PLUS.
~!@#$%^... kedengaran bunyi pelik di tayar moto belakang aku.
dan tiba2 aku hilang kawalan. oh TIDAK!!
rupa2nya tayar motor aku pancit.
macam2 dah aku pikir.
pakai tubeless pun leh meletop mcm tu.
ujian apakah ini... T_T

pastu ap lagi. menapak la sambil meng-heret moto ku itu.
berpeluh2 gak ar.
aku rasa ada la dalam 700gram kalori aku terbakar. ngeh3...
belum sempat kalori ke 701gram terbakar,
ada sorang hamba Allah yang sungguh mulia hati beliau berenti.
mamat nih naik 4wheel D punya kete.
pastu beliau tlg bawak aku naik keta beliau kuar kat exit Bukit Beruntung.
time nih. aku hanya mampu tersenyum.
shuko pun follow la kat belakang.
*sempat gak dia snap gambar aku yg kesian atas 4wheel D tuh. huhu
kalau la manusia yg baik hati tu baca citer nih,
aku nk ucap TERIMA KASIH yg tak terhingga.
hanya Dia yang mampu balas jasa baik mu itu. :)

----setel.

dengan yakin aku dan shuko meneruskan perjalanan.
singgah jap kat shell Tanjung Malim.
perkara yang tak diduga terjadi.
tayar yang pancit kat Bukit Beruntung td pancit skali lagi.
T_T.. ujian lagi..

shuko cakap bawak je moto tu pelan2.
then, exit kat depan skit cari bengkel.
time tu dh dekat kul 7pm. aku pikir mesti susah nak cari bengkel yang bukak.
so, aku malas nk serabut kepala,
aku kol sorang mamat yg keja dia tukar tiub.
masa dok kol tu, dia bg tau kos utk dia gi tukar tayar tu total RM80.
???????-- terkedu seketika. kalau kat shah alam pun rm20 je kot.
ermmm...
takde pilihan. aku kol balik mamat tu, then. suh gak dia dtg.

--hampir sejam gak tunggu baru la mamat cekik darah tu sampai.
siap je dia tukar dia minta rm90.
[si*l punya mamat nih, mula2 cakap rm80]
kalau ikut hati nk maki je.. apsal lak tiba2 kena bayar lebih lak.
lepas nego, dia kata ok rm85.
[still si*l punya mamat.. CEKIK DARAH]
malas nk panjang2 citer. aku bayar je. huhu

pas setel, aku ngan shuko pun meneruskan perjalanan pulang ke kampung halaman.
kalau nk dikira jam,
kali ni la perjalanan yang paling lama.
bertolak kul 4.30pm dr Kelana Jaya,
dalam kul 1.30am baru sampai rumah.
ap pun, aku bersyukur sbb selamat sampai rmh.



episod 2

tanggal 6Feb2011, Ahad.
kali ni lebih menyayat hati.
perjalanan pulang seorang perantau dr kampung halaman ke shah alam.
tepat 3.30pm aku dan Mr Shuko pun memulakan perjalanan dr Bagan Serai ke Shah Alam.
malas nk panjang2 citer....
jalan kat PLUS tu dh macam kilang jem.
kete padat giler.
yang paling menyakitkan hati bila banyak kete yang lalu kat lorong kecemasan.
so, moto takde pilihan lain melainkan jalan kat lorong kete,
PLUS km3308 [aku belasah je tu sbb tak ingat yg btl]
antara Gua Tempurung ke Tapah.
kete tiba2 himpit jalan. shuko yang berada didepan takde pilihan melainkan break mengejut.. aku yang kat belakang nih pun ap lagi, kena la break jugak....
kedengaran bunyi emergency break.
kat kepala aku pikir, sama ada tayar moto shuko yang bunyi, kalau tak moto aku.
tak perasan lak ada moto kat belakang.
shuko dah lepas...
TIBA-TIBA....... *@*@*@*@
debushhh!!... aku kena langgar ngan moto belakang.
rupa2nya moto belakang yang bunyi tu.
terbaring jap kat jalan.
dengan muka blur, aku tolak moto kat tepi.
tak mampu berkata ap2. pertama kali aku kena langgar moto
dan kali kedua kemalangan.
trauma lama tiba2 kembali menghantui otak aku.
Alhamdulillah aku takde apa2.
cuma moto aku je cedera sikit.
nasib la masih boleh berjalan.

pas rehat jap kat tepi jalan.
aku ngan shuko pun meneruskan perjalanan balik ke Shah Alam.
lepas tu perjalanan berjalan lancar.
sampai la kami mendarat di istana Brunsfield kami.

sampai je umah,
my sis kol. kena 'sekola' seketika.
aku hanya mampu senyum dan dengar.
mcm dah serik je nk merempit jauh2.
gi keje pun bawak pelan2 je.
:)

k la.
tak tau dah nk citer ap.
kalau ikutkan banyak lagi yg jadi sepanjang cuti CNY kali ni.
tp, yg aku nk highlight ap yg jd kat PLUS je.
ye lah.. "PLUS dihatiku"..

adios!!
^_^"